Just Me

Just Me

Tuesday, 25 October 2011

25 Oct, 2011

Sekarang ni aku dalam program diet, program buat sendiri. Berjaya atau tak!!! Aku x boleh give up - yg penting kena cuba dan buat bersungguh2. Sekarang aku skip dinner tapi aku makan something light mcm biskut / roti, paling2 tak pun jajan..hehehhee. Bila breakfast i should take bread dan salad and i have start today. Aku mesti berazam dan kuatkan semangat buat diri aku sendiri. Sokongan dari abah dan boss buat aku yakin - insyaallah usaha aku akan berhasil. Thanks boss for your support.

Cerita pasal kerja, x da yg menarik. Kerja jalan mcm biasa dan banyak tapi alhamdulillah aku boleh buat sebaik2. Terima kasih atas bantuan dan sokongan dari staff. Mana ada kerja yg x da masalah - yg penting adalah mcm mana nak tackle masalah itu. Aku bukannya pandai sangat tapi setiap apa yang berlaku merupakan sesuatu yang baru dan aku ambil pengajaran dari nya. Banyak yg telah aku pelajari dan aku x kesal pun. Aku bersyukur dengan itu, ianya membuat aku lebih matang untuk menghadapi apa saja rintangan dan dugaan.

Antara aku dan abg, hubungan kami tiada masalah buat masa ni - alhamdulillah semoga direstui allah swt. Aku benar2 gembira kerana adanya dia didalam hati walaupun dia bukanlah seperti yg aku angankan namun dia adalah yg terbaik buat aku. Aku amat bersyukur allah telah menemukan kami dan aku bersyukur kerana dia dapat menerima aku seadanya. Kami saling sayang antara 1 sama lain. Semoga hasrat kami untuk bersatu akan menjadi kenyataan,insyaallah ...amin...


Banyak lagi perkara yg telah berlaku dalam hidup aku dan terbarunya adalah aku bakal menerima seseorang yg akan menggantikan tempat arwah mak disisi abah. Ntah bila hari nya - aku x tahu tapi apa yang pasti, aku tiada bantahan andai itu yang abah mahukan dan boleh menggembirakan hatinya. Semoga allah permudahkannya. 







No comments:

Post a Comment