mmm... mcm mana lah boleh x ingat nak update blog.. punya lah lama. nak kata sibuk sangat - dah masuk bulan Nov ni bukan busy pun..hehehehehe... cuma aku sibuk dengan projek kerja. Masa moosun ni lah x busy boleh nak buat, kalau x mmg x jalan lah projek. Walaupun dengan staff yang kurang, aku masih boleh lagi nak atur staff untuk kerja dan juga attend training - alhamdulillah.
Sekarang ni, aku lebih gembira sebab aku dapat rasakan hubungan aku dan abg semakin intim, sejak pertemuan kami hari tu (bila - rahsia) aku x susah hati & was2 lagi. Semoga allah permudahan kan lah hubungan kami ini. Walaupun abg x hensem namun pada aku - itu x penting, yg penting dia baik dan terima aku seadanya. Kedatangan dia hari tu buat aku gembira dan kini kami lebih mesra, walaupun x jumpa tapi kami bertanya kbr setiap hari. Apa yang paling penting dalam 1 perhubungan ada kepercayaan dan keikhlasan kita, jangan mudah melatah atau cemburu buta. Aku kena banyak bersabar lebih2 lagi hubungan kami jauh.
Itu cerita aku, kini cerita abah pulak, aku akan mendapat makcik x lama lagi, makcik yg menggantikan arwah mak disisi abah. Tipu lah kalau aku kata, aku x kisah. Aku memang kisah dan kalau boleh, aku x mahu saper2 pun menggantikan arwah mak, tapi x adil pada abah. Aku kena faham, selama ini abah hidup berteman dan kini abah keseorangan - aku tahu dia akan merasa sunyi. Abah dah pun buat keputusan dan aku hormati keputusannya, samaada aku terima atau tidak - itu x penting lagi. Semoga abah akan hidup bahagia bersama teman baru. Aku redha.
No comments:
Post a Comment