Just Me

Just Me

Monday, 3 October 2011

3 October, 2011

Lama dah x update blog, mcm2 yg telah berlaku. Kalau nak cerita mmg x habis tapi boleh gak lah nak story. Kalau nak start ngn kerja, dah tentu x ada yg menarik, kerja cam biasa je dan masalah yg sama jugak berulang - x selesai pun masalah cuma kurangkan aja lah. Kerja plak semakin banyak tapi nasib baik lah ada 2 org sup aku yg acting tu membantu - ringan sikit load kerja. 

Sekarang ni aku dah ubah cara kerja, x nak bagi muka lagi pada staff, mereka ni kalau aku buat baik sikit, bagi muka sikit mula lah nak pijak kepala dan amik kesempatan, lebih2 lagi budak2 muda ni, bila tegur sikit mula muncung mulut tu.. bila x ditegur perangai menjadi2, x menghormati org langsung. Jadi sekarang dia org suka ke, x suka ker - kena ikut. Saper yg buat hal, buat masalah no more talk - terus aja amik tindakan. Dah berbuih mulut bercakap - cam tu gak so tengok lah nanti.

Bila aku teringat tentang cuti yg lepas, aku rasa bersalah sebab aku telah melukakan hati abah, aku x berniat cuma aku rasa sedih dan kecik hati bila abah dah mula bercerita tentang makcik baru yg bakal menggantikan tempat arwah mak. Aku x dapat terima sebab baru setahun mak meninggal, abah dah mula cerita untuk cari teman. Aku x faham keadaan abah tapi aku tahu abah sunyi. Di mulut aku x membantah kalau abah nak kahwin lagi tapi di hati aku sedih sekali. Ntah lah.. aku kerap fikir bagaimana agaknya keadaan keluarga aku nanti, adakah abah akan melupakan kita org atau abah x sayang aku lagi????? Makcik yg baru ni janda dan ada anak, jangan pulak abah berubah hati lebih kan anak tiri hanya sebab nak amik hati bini baru.... iisshhkkkk...... jauh sangat aku fikir.... aku x bersedia nak ada mak tiri... Walau apa pun, aku dah luahkan isi hati aku pada abah dan terpulang pada abah dan aku harap abah memahami kenapa aku bersikap demikian...maafkan ina abah.......... Aku x akan membantah dan aku gembira kalau abah gembira - dalam hati biar allah swt saja yg tahu......


Bila aku ceritakan pada abg hairul, dia pun ajukan soalan yg sama pada aku, andaikata anak nya juga turut berfikiran seperti aku - bagaimana???? aku mmg x dapat nak jawab pada soalan tu. Aku sedar, aku jugak bakal menjadi mak tiri kepada anak2nya (insyallah kalau kami dijodohkan) ... jadi aku harus bersikap lebih positive dan berharap anak2nya juga begitu. Setakat ini kata abg, anak2 nya bersikap terbuka.... alhamdulillah..semoga hubungan kami berjalan dengan baik dan direstui kerluarga dan allah swt.... amin.


Setiap hubungan pasti ada dugaan lebih2 lagi kalau masing2 berjauhan seperti aku dan abg. Atas kesabaran, keikhlasan dan kejujuran - alhamdulillah buat masa ni hubungan kami berjalan ngn baik. Aku bersyukur yg abg sangat memahami dan juga bersabar dengan perangai aku yg kadang2 over x tentu pasal...hehehehehe... yelah dia kan lebih berpengalaman jadi dia lebih cool, mcm aku ni excited semacam. Kata abg kalau semuanya berjalan dgn baik, kami akan bersatu pertengahan tahun 2012. Aku gembira sangat tapi aku x nak terlalu berharap - takut peristiwa lalu berulang lagi. Aku hanya berdoa semoga perhubungan kami ini direstui... insyaallah.   

No comments:

Post a Comment