Just Me

Just Me

Monday, 4 July 2011

4 July 2011

Hari ni hari ke 6 aku bercuti, tinggal 9 hari jer lagi sebelum balik ke pulau. X banyak aktiviti pun yg aku buat cuma spend time ngn family. 3 hari di gombak then balik melaka, seronok abah sebab masa balik tu bukan aku sorang - adik beradik yg lain pun balik jugak - best kan. Abah buat doa selamat dan jugak tahlil sikit buat arwah mak & nenek. Semoga roh kedua2 nya tenang dan dicucuri rahmat - amin.
 
Kat kampung x banyak berubah cuma rumah je lah sebab abah buat penambahan sikit dibahagian luar. Ok jer pada aku. Suasana masih mcm dulu cuma sekarang x seriuh dulu, budak2 pun x ramai - saudara mara yg kecik2 semua dah besar so x riuh dah lah. Kalau di kampung - aku ni jarang lepak2 diluar bukan x bercampur cuma aku lebih selesa dok umah aja. Rumah aku ni serba hijau tgk pun tenang je & nyaman tapi cuaca panas nya boleh tahan dah mcm kat pulau plak.


3 hari kat kampung x banyak yg berlaku, abh tanya juga tentang abg (faiz) yg kata nak jumpa abah, aku sebak - x tahu nak ckp apa kat abah. Apa yg aku boleh buat cuma bagi jelah alasan yg dia sibuk sedangkan antara aku ngan faiz dah x ada apa2 sejak dia x muncul di airport untuk jemput aku tempoh hari - so aku anggap tu semua tipu. Biarlah dulu lama kelamaan nanti abah akan tahu jugak. Abah dah tahu sangat perangai aku dah malah abah tahu aku ni biasa sangat dah terluka & tertipu. ...


Peerhhhh... dah lah malas nak cerita pasal tu, baik cerita pasal kereta aku yg dah 3 tahun x da roadtax....hahahahhahaa... yelah pemilik x da so keta pun x hidup lah, tapi hari ni keta aku bakal hidup kembali, abah nak tolong bayarkan dulu roadtax kereta... masuk buku 3 5 lah .. kira hujung tahun. Aku x nak susahkan abah tapi abah yg nak bantu. Aku pun ok jer lah ..hhahahahhaha yeah yeah .. akhirnya. Aku sayang kereta aku ni, aku beli hasil titik peluh aku sendiri. jadi aku mesti menjaganya baik2. Selama aku kat pulau abah lah akan menjaga nya.


Bila aku duduk termenung sendiri fikirkan nasib aku, kadang2 aku sendiri x faham, apa masalah aku, knplah kalau aku ada pasangan x pernah nya berkekalan. Apa salah aku... perginya faiz muncul pulak annuar - dia muncul ketika aku sedih, aku malas nak layan tapi ntahlah. Buat masa ni aku hanya anggap dia sebagai kawan - dia nak tahu sgt apa yg terjadi pada aku so aku cerita. Mcm biasa lah dia bersimpati sama seperti lelaki yg aku kenal dulu. Manis di mulut tapi kenyataannya... aku ditinggalkan juga. Kali ini aku x nak berharap sangat. kalau dia betol2 ikhlas tengok jer lah nanti... aku dah penat berharap.................. kalau ada jodoh aku - kahwin lah aku, kalau x da lupakan je lah

No comments:

Post a Comment