Just Me

Just Me

Wednesday, 27 July 2011

27 July, 2011

Urusan abah ngn saman dah selesai, lega kata abah... hehehehe.. ni semua gara2 kereta aku yg x da roadtax sebelum ni, nasib baik x kena banyak RM210. Abah kata ni kena claim kat aku ..hehehehee.. aku ckp: hujung tahun baru abah claim ya..hahhahaha

kak t (kakak ipar aku) bagi tahu pasal kereta proton saga dia - kata kak t - dia nak tolak kereta tu tapi dengan cara senang iaitu biar kereta tu kena tarik - aku x setuju sebab kereta tu atas nama aku, dah tentu nanti nama aku akan jadi black list. Puas aku fikir dan akhirnya aku amik keputusan untuk sambung bayar dan biar abah yg pakai. Abah ok jer tapi abah suruh aku fikir betol2. Dah 2 minggu cerita ni berlalu, hari ni aku bincang semula ngn kak t pasal kereta tu dan keputusannya aku suruh kak t cari buyer atau tolak je kat use car sebab aku x mampu. Kereta aku lagi nak bayar.. lagi pun sejak along x kerja ni, aku nak kena tolong abah cover expenses along. Kesian kat abah, dari pada tamak nak ada 2 kereta baik aku bantu abah lagi bagus.

Yang along ni pun 1, x berusaha langsung nak cari kerja, x fikir barang2 yg dia beli hutang tu semua saper nak bayar!!! x kan aku nak biarkan abah yg bayar sorang..iisshhhkkkkkkk tension aku. Harap2 dia sedar lah, drpd mengadap internet tu baik dia berusaha tok cari kerja. 

Penat lah nak fikir ni semua, nak fikir hal family, nak fikir hal kerja, hal diri sendiri lagi - serabut aku dibuatnya. Kalau aku ikutkan masalah yg aku fikir ni - mau gila jadinya... relax.. relax.. aku masih ada tanggungjawab yg perlu dipikul. Aku kena kuat semangat untuk harungi semua ini. Buat masa ni, aku malas nak ingat pasal lain, nak compalint pasal kerja lebih2 pun still macam tu jugak, cerita bf - x habis2 still aku keseorangan jugak, so senang cerita layan jer lah ....

No comments:

Post a Comment