Insyaallah kalau jadi dan diizinkan tuhan, hujung tahun ni - aku bakal menamatkan zaman bujang aku. Banyak perkara yg perlu difikirkan. Aku pula apa pun x buat lagi. Macam x caya jer... hehehhee (insyaallah kalau jadi) Nak jumpa bakal suami - hehehehhee... di pulak dok jauh. Sekarang ni sakit pulak, aku nak gi melawat - dia kata x yah datang, dia ok dan nak kluar dah pun hari ni. Aku hanya boleh mendokan dia semoga cepat sembuh. Dia pun blum buat apa2 persediaan pun, mcm koboi lah kita org ni - kelakar pun ada... upacara pun bukan besar2an cuma yg wajib aja. Aku bukan muda lagi nak buat grand...
Just Me
Thursday, 14 July 2011
15 July, 2011
Hari ni merupakan hari ke 2 aku kerja setelah 15 hari bercuti. Mood nak kerja tu dah ada cuma masih rindu ngn kawan2 kat KL. Masuk je kerja semalam boss dah panggil tanya pasal assitant aku yg juga x dtng kerja sepanjang aku bercuti - apa lah masalah dia, kalau ya pun ada hal emergency - kol lah boss, x kan tu pun x tahu, kerja dah bertahun-tahun. X faham aku - kalau budak2 boleh lah nak marah ni dah tua...sepatut jadi contah kat aku x pun pada staff - ni tidak dia pulak yg lebih2. Lantak lah !!! tu masalah dia - dia jawablah sendiri ngn boss. Pada aku - dia ada ke dia x da ker - sama je. Banyak lagi kerja yg aku nak kena buat.. Hari ni jer ada "fussy guest" nak check in & esok VIP pulak.Baik aku fikir pasal kerja dari fikir pasal dia..hampeehhhh..............
Bila dah balik pulau - bila dah dok sorang2 mulalah rindukan family especially 2 org anak buah aku yg kecik tu, rindukan abah, along kira semua lah. Tapi bila dah bersama - aku ngn along asyik nak bertekak je, pada hal bukan hal serius pun - yg remeh temeh je, agaknya itu yg membuat hubungan kita org adik beradik ni mesra kot.. bila jauh rindu bila dekat kecoh.... nasib baiklah kita org ni jenis yg x amik hati... x berdendam. Setakat gaduh2 tu kira mcm biasa .... tapi tetap mesra.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment