Just Me

Just Me

Sunday, 31 July 2011

1 August, 2011

Hari ni 1st day puasa, awal pagi kol 4:15am aku dah bangun untuk bersahur, ingatkan menu sahur akan dihantar ke bilik rupa2nya kena berjalan ke restaurant so berjalan lah aku, afif ngn abu - cuma kami ber3 je. Hari pertama bangun sahur lemau lah sikit.

Hari ni pun masih sibuk, kesian jugak ngn staff aku... nak cari rezeki kan mcm tu lah. Aku kena pastikan kerja susah sama2 buat - kena saling tolong menolong. Aku x suka orang yang penting kan diri sendiri dan berkira.

Buat diri aku, x da apa perubahan pun, aku dah biasa hidup sendiri, aku boleh atasi rasa sunyi walaupun kadang2 perasan tu menghantui aku. Aku kena kuatkan semangat. Insyaallah x da masalah.

Saturday, 30 July 2011

30 July, 2011

Busy2... resort full house, staff pulak ngam2 nasib baik supplies cukup buat masa ni cuma yg jadi masalah adalah laundry - staff mcm2 perangai, bukan nya x tahu kerja atau situasi kalau dah busy tapi tetap jugak = ada sikap pentingkan diri & buat2 x reti. Nak tegur bukan nya budak2, semua mak2 & bapa2..ada bujang pun 2 je - tu pun sama jgk. Cerita masalah kerja ni mmg x akan habis.... pasti akan lalui juga sampai bila pun.

Penat kerja nak dptkan duit punya lah susah tapi bila dapat duit gaji - kejap je habis ... ..
hahahahaha... mmg sakit tapi lega - kepala x pening, asalkan apa yg perlu dibayar didahulukan. Hutang dijelaskan...selamat lah. Aku x kisah kalau x da cash bila dok pulau ni, aku x memerlukan sgt, aku lebih risaukan abah, drpd aku berbelanja yg bukan2 baik aku simpan dan bagi kat abah. Selama ni pun abah dah banyak berkorban untuk aku... ini lah masanya aku nak buat abah senang....

Untuk diri aku, mcm biasa lah. Aku masih sendiri... x per lah, dah x da jodoh nak buat mcm mana?? yg penting walaupun aku hidup sendiri, aku x menyusahkan orang lain. Aku punya kerjaya sendiri & pendapatan sendiri. kalau inilah takdir aku - aku redha. Tuhan itu maha kuasa... insyallah 1 hari nanti hasrat aku akan termakbul jugak akhirnya....

Wednesday, 27 July 2011

27 July, 2011

Urusan abah ngn saman dah selesai, lega kata abah... hehehehe.. ni semua gara2 kereta aku yg x da roadtax sebelum ni, nasib baik x kena banyak RM210. Abah kata ni kena claim kat aku ..hehehehee.. aku ckp: hujung tahun baru abah claim ya..hahhahaha

kak t (kakak ipar aku) bagi tahu pasal kereta proton saga dia - kata kak t - dia nak tolak kereta tu tapi dengan cara senang iaitu biar kereta tu kena tarik - aku x setuju sebab kereta tu atas nama aku, dah tentu nanti nama aku akan jadi black list. Puas aku fikir dan akhirnya aku amik keputusan untuk sambung bayar dan biar abah yg pakai. Abah ok jer tapi abah suruh aku fikir betol2. Dah 2 minggu cerita ni berlalu, hari ni aku bincang semula ngn kak t pasal kereta tu dan keputusannya aku suruh kak t cari buyer atau tolak je kat use car sebab aku x mampu. Kereta aku lagi nak bayar.. lagi pun sejak along x kerja ni, aku nak kena tolong abah cover expenses along. Kesian kat abah, dari pada tamak nak ada 2 kereta baik aku bantu abah lagi bagus.

Yang along ni pun 1, x berusaha langsung nak cari kerja, x fikir barang2 yg dia beli hutang tu semua saper nak bayar!!! x kan aku nak biarkan abah yg bayar sorang..iisshhhkkkkkkk tension aku. Harap2 dia sedar lah, drpd mengadap internet tu baik dia berusaha tok cari kerja. 

Penat lah nak fikir ni semua, nak fikir hal family, nak fikir hal kerja, hal diri sendiri lagi - serabut aku dibuatnya. Kalau aku ikutkan masalah yg aku fikir ni - mau gila jadinya... relax.. relax.. aku masih ada tanggungjawab yg perlu dipikul. Aku kena kuat semangat untuk harungi semua ini. Buat masa ni, aku malas nak ingat pasal lain, nak compalint pasal kerja lebih2 pun still macam tu jugak, cerita bf - x habis2 still aku keseorangan jugak, so senang cerita layan jer lah ....

Sunday, 24 July 2011

24 July, 2011

Walaupun hari ni hari minggu - tetap jugak busy. Nak ikutkan hari ahad banyak guest yg dah check out - ni x lagi esok. Lusa baru nak check out. Nasib baik department lain sudi pinjamkan trainee dia org untuk bantu department aku as a back up - kalau tak ... naya naya... Thank u guys... aku hargai tu sebab lah aku x nak buat musuh ngn department org lain sebab kalau kita susah dia org jugak yg tolong. Aku selalu ingat pesanan abah - jangan buat musuh ngn org......


Walaupun kerja penat tapi aku seronok bila semua berkerjasama dan saling memahami. Aku x kisah nak stayback untuk bantu mereka, yg penting kerja siap. Namun begitu 2 / 3 hari aku risau jer takut ada complaint. Harap2 x da lah complaint yg serius... aku mmg susah hati kalau resort penuh.... mana tak nya bila resort penuh - guest ramai mulalah kerenah..... mcm2, tu yg merunsingkan aku, bukan aku x leh terima cuma x best kalau dia org ni mula complaint yg bukan2...... sabar jer lah..

Malas nak fikir tapi ini lah luahan hati aku. Betol apa yg aku duga - aku ni x boleh ada hubungan agaknya, bila ada - manjang jer x kekal. Perasaan sedih & kecik hati terhadap zam, faiz & anuar belum reda, kini Iqbal pulak. Aku dah putuskan hubungn dengan Iqbal sbb aku dapat tahu yg dia dah beristeri... Dia boleh x nak bagi tahu aku hinggallah aku push dia untuk berterus terang - dah akhirnya dia mengaku. Aku x nak jadi punca masalah dalam rumah tangga dia - jadi aku amik keputusan untuk tinggalkan dia dan dia terima keputusan aku. EEee... heran lah aku ngn lelaki ni - knplah dia org ni bersikap mcm ni... dia org ni x da perasaan ker??????

Pergi Iqbal - muncul pulak Azman ... yg ini pn aku x tahu berapa lama... kawan jer lah bukan nak kena bayar pun. Aku dah pandai - x mudah dipermainkan lagi k. Mudah2an ....insyaallah.
Selain Azman - aku ada kawan baru namanya khalid - dia ok sebab dia berterus terang. Dia dah beristeri, x da niat lain hanya kawan. Aku ok jer... x da hal lah. Seronoknya sembang ngn dia ni, dia suka buat lawak dan asyik gelak jer... dia pun dah tahu kisah aku ... so as a friends .. he is a good listener....

3 hari x kol abh, hari ni aku kol.. abah sihat je. Aku rindu abah...hehehehehe........

Thursday, 21 July 2011

22 July, 2011

2 / 3 hari ni busy la pulak. Kalau nak kira penat mmg dah sah x pegi kerja punya, tapi bila kenangkan staff aku yg off day pun naik kerja sebab x cukup org - x akan aku pulak nak off. Kalau nak dikira - dia org tu lagi penat hehehehe.... mengada kan aku ni. Aku kena jadi contoh tok staff2 aku ni. Kenalah bersemangat.

Betol kata pepatah melayu, hidup umpama roda - kejap dia atas, kejap di bawah. Mmg itu pun yg terjadi pada aku dalam perhubungan. Kejap ada bf kejap x da dah. Heran kan tapi itulah kenyataannya. Zam lah, faiz lh, anuar lah ... sekarang iqbal pulak.. apa dah ngn zam, faiz & anuar - jawapannya "NTAH". Aku pun x tahu - kol2 x nak jawab - msg pun x reply dah. Senyap dan menghilang mcm tu jer. Aku malas nak fikir sangat pasal dia org.. bosan lah. X tahu lah apa silapnya!!! 

Daripada aku dok fikir dia org baik aku fikir tentang kerja dan keluarga. Sekurang2nya ada jugak hasilnya, kerja ada gaji , family tempat mengadu. lebih baik hidup mcm ni - janji aku x menyusahkan org lain sudah. Aku ada kehidupan sendiri yang perlu diteruskan dan ada kerjaya yg perlu diteruskan. Kewajipan yg perlu ditunaikan so lebih baik jangan fikir perkara yg remeh temeh ni.

Aku percaya setiap apa yg berlaku, ada hikmahnya. Aku sebagai manusia hanya merancang dan Tuhan yg menentukan.

Tuesday, 19 July 2011

19 July, 2011

Semalam habis kerja kol 10mlm, hari ni aku balik awak sikit lah kol 7pm. X leh nak balik lewat selalu sebab nanti letih. Bila dah letih tido x cukup - esok kerja mesti mcm hampeh... hasil kerja pun sure x memuaskan sbb badan & otak penat...mmmm.. jadi aku kena lah plan kerja betol2. Work smart kata org... 

dah 2 hari aku cuba hubungi anuar, hari ni aku cuba lagi tapi x da jawapan, menurut sms yg aku terima dari hp dia - dia tahan di ICU sebab x sedar diri, itu pun penjaga hospital TUDM yg antar mesej. Risau aku dibuatnya tapi bila aku call x da org jawab, mesej pun x berbalas. Aku dah x tahu nak buat mcm mana? ntah betol atau tak - aku x pasti. Aku nak pi melawat dia kalau betol2 serius tapi bila aku sms mintak alamat - terus senyap...adduuiiihhhhhhhh.......mcm mana!!!!


X habis cerita tu, kbr berita sedih yg lain pulak aku terima hari ni, abg kak cik di kedah meninggal dunia - al fatihah. Kesian kak cik dah lah dok pulau nak cari transport nak kluar bukan senang nasib baik ada flight ada 1seat yg last minute cancel, kalau x alamatnya esok baru boleh keluar dari pulau, tu pun lepas kak cik sorang je, suami dan anaknya - esok baru berangkat. Semoga kak cik selamat sampai dan harap dia berbanyaklah bersabar.


Tu lah risiko duduk di pulau, kalau ada emergency mmg payah. Aku dah melaluinya masa arwah mak meninggal dulu, aku x berkesempatan nak jumpa, dari pulau jam 3pm aku sampai mlk hampir pukul 12 mlm, dengan jem nya..jangan kata lah. Terkilan aku - aku cuma sempat bersembang ngn mak aja di telefon untuk ucapkan Happy Bzday sehari sebelum mak meninggal.... sedih jangan cakap lah..... tapi apa yg penting sekarang - aku mesti mendoakan untuk mak selalu....

Saturday, 16 July 2011

17 July, 2011

Bila sibuk bekerja, terasa masa berlalu begitu cepat. Banyak lagi yg perlu dibuat, project berlambak2 x tahu bila nak mula, dengan staff aku yg kurang ni lagi lah... pening aku dibuatnya. Gamaknya tunggu monsoon nanti lah baru project jalan. Nasib baik jugak lah staff aku ni boleh diharap cuma prestasi kerja aja yg perlu diperbaiki. Bukan malas tapi sebab dah terlalu kerja kat sini, dah lali sangat... x leh nak terima banyak perubahan tapi kalau slow2 ubah - ok tapi amik masa sikit.

Aku akan jadi stress bila fikir kan tentang diri sendiri. Apakah akhir cerita hidup aku ini akan menemui kebahagian. Terlalu banyak kepahitan dan kekecewaan yg dah aku alami hinggakan aku hilang keyakinan pada diri sendiri. Aku mula bosan, jadi sakit hati & berdendam, sedangkan aku bukanlah jenis yg mcm tu.. aku dh x kenal diri aku sendiri, aku yg ceria, peramah ntah dah jadi apa....mmmmmmm... aku ni perasan sendiri ke? atau mmg betol2 dh berubah... kalau difikirkan sgt - boleh masuk wad gila mcm ni..lantak lah .. hidup kena teruskan dah enjoy je lah every moment in life sementara boleh .....

Thursday, 14 July 2011

15 July, 2011

Hari ni merupakan hari ke 2 aku kerja setelah 15 hari bercuti. Mood nak kerja tu dah ada cuma masih rindu ngn kawan2 kat KL. Masuk je kerja semalam boss dah panggil tanya pasal assitant aku yg juga x dtng kerja sepanjang aku bercuti - apa lah masalah dia, kalau ya pun ada hal emergency - kol lah boss, x kan tu pun x tahu, kerja dah bertahun-tahun. X faham aku - kalau budak2 boleh lah nak marah ni dah tua...sepatut jadi contah kat aku x pun pada staff - ni tidak dia pulak yg lebih2. Lantak lah !!! tu masalah dia - dia jawablah sendiri ngn boss. Pada aku - dia ada ke dia x da ker - sama je. Banyak lagi kerja yg aku nak kena buat.. Hari ni jer ada "fussy guest" nak check in & esok VIP pulak.Baik aku fikir pasal kerja dari fikir pasal dia..hampeehhhh..............

Bila dah balik pulau - bila dah dok sorang2 mulalah rindukan family especially 2 org anak buah aku yg kecik tu, rindukan abah, along kira semua lah. Tapi bila dah bersama - aku ngn along asyik nak bertekak je, pada hal bukan hal serius pun - yg remeh temeh je, agaknya itu yg membuat hubungan kita org adik beradik ni mesra kot.. bila jauh rindu bila dekat kecoh.... nasib baiklah kita org ni jenis yg x amik hati... x berdendam. Setakat gaduh2 tu kira mcm biasa .... tapi tetap mesra.

Insyaallah kalau jadi dan diizinkan tuhan, hujung tahun ni - aku bakal menamatkan zaman bujang aku. Banyak perkara yg perlu difikirkan. Aku pula apa pun x buat lagi. Macam x caya jer... hehehhee (insyaallah kalau jadi) Nak jumpa bakal suami - hehehehhee... di pulak dok jauh. Sekarang ni sakit pulak, aku nak gi melawat - dia kata x yah datang, dia ok dan nak kluar dah pun hari ni. Aku hanya boleh mendokan dia semoga cepat sembuh. Dia pun blum buat apa2 persediaan pun, mcm koboi lah kita org ni - kelakar pun ada... upacara pun bukan besar2an cuma yg wajib aja. Aku bukan muda lagi nak buat grand...


Tuesday, 12 July 2011

12 July, 2011

Cepatnya masa berlalu, esok aku nak balik dah. Apa yg nak aku buat dah pun aku buat cuma aku x berkesempatan nak lepak ngn mim & geng dan jugak am & geng. Aku cuma luangkan masa ngn family especially abah. Aku x nak dia rasa yg aku balik semata2 nak lebihkan kawan2. Dulu masa arwah mak ada boleh gak curi2 masa lepak ngn kawan2 tapi sekarang abah perlukan anak2 disampaing lebih2 lagi aku ni yg jauh. Abah dah banyak berkorban untuk aku, apa lah salahnya kalau aku spend time untuk dia pulak. Terima kasih abah untuk segala-galanya dan terima kasih sebab advance kan dulu bayar roadtax kereta ..hehehehe..... 


yang paling sedih - aku pasti akan merindui anak2 buah aku yg kiut miut ni... especially ryan & jojo(adik). Yang lain tu dah besar...

Selama aku di KL, 2 kali aku jumpa ngn zam & sekali ngn apai.. walaupun aku dah jumpa zam - namun aku tetap x percaya dia. Dia masih berahsia dengan aku - macam lah aku x tahu tapi tetap dia menafikan - agaknya dia ingat aku ni budak2 agaknya - lantak ko lah. Nak berahsia ke apa ke - aku x rugi apa2. Aku ingat seronok bila bersama dia rupa2nya boring - buang masa aku je.


Kemarin jumpa apai, ni lagi lah, terkezzuuutt aku - pic ngn org berbeza. Org nya muda dari pic.. boleh????? mmmm.... mmg lah dia muda tapi x sangka semuda itu. Kita org lepak x lama cuma beberapa jam jer - sesi perkenalan lah katakan. Dia yg banyak tanya tentang aku - aku x kisah. Apa yg dia nak tahu - aku cerita jerlah. Sebelum dia balik - dia cakap yg dia terima aku - ntah aku pun x faham apa maksud dia yg penting dia dah jumpa aku dan terpulang pada dia. Aku ikhlas berkawan dan aku harap dia pun begitu juga. Apa2 pun aku x mengharap2 apa dari dia.

X pasti macam mana keadaan anuar di hospital, nak pi melawat - jauh dan dia x bagi pg. Dia x nak aku tgk keadaan dia. Aku doakan agar dia sihat sejahtera.


Esok dah balik pulau - bermula lah balik kerja & kehidupan harian di pulau. Aku pun x pasti sebenarnya aku suka atau tak tinggal di pulau tapi kenangkan nak cari rezeki yg halal aku teruskan juga. Semoga allah swt berkati dan permudahkanlah kehidupan aku disana nanti.

Thursday, 7 July 2011

7 July, 2011

Bila lama bercuti - teringat kerja plak. X senang hati bila dengar cerita yg resort busy - full house. Mcm mana lah keadaan staff aku tu - dah lah x cukup org, aku pulak tengah bercuti. Aku bukan x yakin yg supervisor aku x leh handle, dia org tu org lama yg lebih tahu keadaan cuma aku rasa x best sbb aku x da waktu busy ni... sori...

Lagi lama di kampung dengan along, lagi banyak rintihan dia aku dengar. Aku jadi sakit hati bila along mula nak membezakan antara aku ngn adik beradik yg lain - kononnya aku anak kesayangan abah. Bengang pulak aku dibuatnya, aku jadi hangin bila dia mula merungut... tension aku..... Aku betol2 x faham kenapa dia ada perasaan mcm itu sdngkan pd aku - perkara ni semua bergantung pada diri kita sendiri. Sebagai anak kenalah tahu cara nak amik hati orang tua. Dia sebagai kakak patutnya lebih tahu tapi ni tidak. Bila aku tegur yg perangai dia tu mcm budak2 - tahu pulak kecik hati & x leh nak terima. Habis mcm mana..... Aku selalu ingat pesan abah, sebelum nak buruk2 / nak tegur org tgk diri kita sendiri dulu - dah betol sgt ker diri kita ni....... aku sedar kita org 5 beradik mmg x mesra mcm adik bradik org lain tapi x da pun bergaduh... paling2 pun masing2 buat hal sendiri... nak buat mcm mana... dah mmg dari azali hubungan dh mmg mcm tu ...janji x bermusuhan dah lah ..iiiissshhhkkkkkk sungguh aku x faham. Pada aku asalkan masing2 masih bertegur saper, x bermasam muka - tu dah alhamdulillah...

x habis cerita tu, ada cerita lain pulak... muncul pulak seorang lagi lelaki dalam hidup aku. Gelaran Apai.. - yg ini aku betol2 x tahu apa cerita sebenarnya cuma dia mintak untuk berkawan serus ngn aku tapi aku menolak. Aku mintak dia untuk berfikir masak2 dan kami berjumpa dulu then baru dia buat keputusan. Dia pun setuju. Aku dah penat lah. Masalah zam, anuar sekarang Apai pulak. Yang 2 tu dah mmg bermasalah - manjang jer x duit - mcm mana nak hidup bersama mcm tu??????????....... ntahlah .. kusut. Malas nak fikir k.....



Wednesday, 6 July 2011

6 July, 2011

Dah 5 hari aku di kg, x banyak aktiviti pun cuma pagi2 tolong abah bersihkan laman rumah. Selain aku, along (kakak aku lah)  pun buat sama, sampai bergaduh2 pasal saper kerja lebih - hahahha adatlah kan namapun adik beradik. Buat masa ni cuma aku ngn along je kat kg temankan abh, kalau x da kita org - tingallah abah sorang2. Kan best kalau yg lain pun ada masa ni - mesti meriah (abg olie, emey, acu). Dulu masa arwah mak ada kerap jugak kita org balik, lagipun masa tu aku blum keja kat pulau lagi... mmg best - selalu kita org buat BBQ kat luar rumah... paling best lagi abah pulak melayan kerenah kita org ni - riuh sekampung lah. Tapi semua tu tinggal kenangan aja. sejak arwah mak dah x da, dah x semeriah dulu... mmg kehilangan mak tu betul2 terasa..... mmm .... apa pun2 arwah mesti x suka tgk kita org mcm ni, kehidupan mesti diteruskan.. kena ceria selalu. kalau nak buat arwah mak gembira kenalah sembahyang selalu dan doakan dia....


Yang best dok kat kampung ni yalah, makanan sedap2. Saper lagi kalau bukan chef terpilih yg masak - saper??? hehehehe along. Along tu pantang cakap je nak makan apa, dia ok jer nak masak tapi kenalah cari bahan. Kalau x da bahan mmg dia malas nak layan. Abah pulak ok jer x cerewet so menu ikut kita org lah... Kebetulan aku balik kali ni musim durian - x lah banyak tapi setakat nak makan 2 3 biji sorang dapat lah. Nenek aku punya... hehehehehe best. Kena makan puas2 nanti balik pulau susah nak dapat...  puas puas...


Ni cerita lain plak, cerita pasal kehidupan aku. Wujudnya zam atau tidak dalam hidup aku- pada aku sama je. Aku sendiri x tahu apa tujuan dia sebenarnya. Kononya mengaku dia ikhlas tapi aku sikit pun x yakin pada dia. Aku langsung x percaya dia - tapi untuk menghilangkan boring, aku ikut je cara dia, aku nak tengok sampai takat mana.... dia tu kadang2 menghiburkan, kadang2 menyakitkan hati. Dia tu ibarat mcm banyang2 - suka2 datang dan suka2 pergi. well .... tgk jelah nanti apa kesudahannya.................







Monday, 4 July 2011

4 July 2011

Hari ni hari ke 6 aku bercuti, tinggal 9 hari jer lagi sebelum balik ke pulau. X banyak aktiviti pun yg aku buat cuma spend time ngn family. 3 hari di gombak then balik melaka, seronok abah sebab masa balik tu bukan aku sorang - adik beradik yg lain pun balik jugak - best kan. Abah buat doa selamat dan jugak tahlil sikit buat arwah mak & nenek. Semoga roh kedua2 nya tenang dan dicucuri rahmat - amin.
 
Kat kampung x banyak berubah cuma rumah je lah sebab abah buat penambahan sikit dibahagian luar. Ok jer pada aku. Suasana masih mcm dulu cuma sekarang x seriuh dulu, budak2 pun x ramai - saudara mara yg kecik2 semua dah besar so x riuh dah lah. Kalau di kampung - aku ni jarang lepak2 diluar bukan x bercampur cuma aku lebih selesa dok umah aja. Rumah aku ni serba hijau tgk pun tenang je & nyaman tapi cuaca panas nya boleh tahan dah mcm kat pulau plak.


3 hari kat kampung x banyak yg berlaku, abh tanya juga tentang abg (faiz) yg kata nak jumpa abah, aku sebak - x tahu nak ckp apa kat abah. Apa yg aku boleh buat cuma bagi jelah alasan yg dia sibuk sedangkan antara aku ngan faiz dah x ada apa2 sejak dia x muncul di airport untuk jemput aku tempoh hari - so aku anggap tu semua tipu. Biarlah dulu lama kelamaan nanti abah akan tahu jugak. Abah dah tahu sangat perangai aku dah malah abah tahu aku ni biasa sangat dah terluka & tertipu. ...


Peerhhhh... dah lah malas nak cerita pasal tu, baik cerita pasal kereta aku yg dah 3 tahun x da roadtax....hahahahhahaa... yelah pemilik x da so keta pun x hidup lah, tapi hari ni keta aku bakal hidup kembali, abah nak tolong bayarkan dulu roadtax kereta... masuk buku 3 5 lah .. kira hujung tahun. Aku x nak susahkan abah tapi abah yg nak bantu. Aku pun ok jer lah ..hhahahahhaha yeah yeah .. akhirnya. Aku sayang kereta aku ni, aku beli hasil titik peluh aku sendiri. jadi aku mesti menjaganya baik2. Selama aku kat pulau abah lah akan menjaga nya.


Bila aku duduk termenung sendiri fikirkan nasib aku, kadang2 aku sendiri x faham, apa masalah aku, knplah kalau aku ada pasangan x pernah nya berkekalan. Apa salah aku... perginya faiz muncul pulak annuar - dia muncul ketika aku sedih, aku malas nak layan tapi ntahlah. Buat masa ni aku hanya anggap dia sebagai kawan - dia nak tahu sgt apa yg terjadi pada aku so aku cerita. Mcm biasa lah dia bersimpati sama seperti lelaki yg aku kenal dulu. Manis di mulut tapi kenyataannya... aku ditinggalkan juga. Kali ini aku x nak berharap sangat. kalau dia betol2 ikhlas tengok jer lah nanti... aku dah penat berharap.................. kalau ada jodoh aku - kahwin lah aku, kalau x da lupakan je lah