Just Me

Just Me

Monday, 27 June 2011

28 June 2011

Awal aku masuk office hari ni adalah gara2 susah nak tido malam tadi. Entah apa silapnya susah nak tido, nak kata minum kopi / necsafe - x pun. Aku mula lah boring hari ni, dah x cukup tido mulalah mata ni jap lagi nak pejam jer... addduiiihhh nak escape x masuk briefing - bos pulak ada hari ni... masak aku.

Hari last day aku kerja sebelum nak pergi bercuti - jadi banyak lah benda yg nak kena diselesaikan. Dah lah MOD hari ni - sampai ke malam lah nasib baik banyak benda yg nak dibuat. Nak prepare handover untuk supervisor aku, yelah aku kan nak bercuti - jadi aku kena memastikan semasa aku bercuti nanti kerja berjalan dengan lancar. Bukan aku x percaya, cuma aku kena merancang cara kerja.

Kalau nak diikutkan hati, mmg berat aku nak bercuti kalau x da org yg ganti aku untuk monitor operation, ada asst pun ...mmmm .. malas nak cerita pasal dia - klau cerita pun mmg "never ending story". Aku berharap pada supervisor je lah, apa pun aku dah siap pesan - ada apa2 masalah aku nak tahu.. dia org kena kol aku jugak. Aku yakin - insyaallah semua akan berjalan ngn baik.

Semalam tiba2 masuk 1 sms, bila aku belek2 no hp tu rupanya c zam, zam tu cerita aku  yg lepas. Aku pun x tahu knp tiba2 muncul selapas sebulan lebih menghilang - lantaklah bukan masalah aku lagi. Dia kol bertanyakan khabar & keadaan aku sekarang so aku bagi tahu lah yg aku bersama abg (faiz) dan insyaallah kalau diizinkan allah swt hujung tahun ni kami nak bersatu. Dia ala2 terkejut lah - dia bgi tahu dia masih mcm dulu, dia ke sabah kerana tugas selama 3 minggu dan baru sampai semalam, rindu aku konon...ccehehhh... aku x heran & x peduli pun. Aku dah bagi tahu dia - so terpulang lah pada dia. Aku x nak lagi ingat cerita lama - kini aku ada cerita baru bersama abg. Aku mesti hargai perhubungan kami ini.

Abah dah pun selamat sampai - kata abah hari khamis malam jumaat ni abah nak buat kenduri sikit - so abah suruh aku ngn along balik. Aku baru plan nak lepak 2 3 hari kat kl dulu then baru balik kg tapi atas permintaan abah - aku mesti tunaikan. Aku akan balik kg bersama abg ngn along. Mesti along terkejut kan tgk abg nanti ..hehehehehehe... x sabar nak balik esok. Semoga perjalanan esok mudah dan lancar...... peeaacceee 

No comments:

Post a Comment