Just Me

Just Me

Saturday, 11 June 2011

11 June 2011

Aku pun x tahu kenapa aku beriya sgt nak menulis blog - mmm... sebenarnya apa yg aku rasa adalah kepuasan kerana dalam blog lah aku dapat meluahkan isi hati aku. Nak luahkan pada kawan2 x semua boleh terima so aku luahkan dalam blog ni aja.

Biar aku mulakan tentang diri aku, buat masa ni aku x berpunya lagi - erti kata lain single lah. Bukan x nak cuma org x sudi so lebih baik aku macam ni. Lagi pun aku dah lalui bermacam peristiwa - yg baik, yg sedih semua cukup, jadi kalau ada jodoh, aku kahwin lah. Dalam pada itu aku punya teman istimewa cuma blum sah je lagi status nya, insyaallah semoga hubungan yg baru ini akan berkekalan dan menuju kebahagian - insyaallah.

aku anak yg ke 3 dari 5 beradik, abg dah kahwin dah kini menetap di Nilai bersama isteri & 4 org anaknya - cute2 tau mcm anak jepun (mana x nya anak kacukan melayu + indo cina) kakak aku pulak sementara waktu ni tinggal bersama abah di melaka - yelah sejak mak aku meninggal tahun lepas, abah dok sorang2 so biarlah along yg teman, adik lelaki yg ke 4 juga dah berumahtangga menetap Gombak bersama isteri & anak tunggal nya cute juga hahahha...  adik yg bongsu pun sama di gombak hanya aku jer terlontar jauh ke tioman. ok lah tu .....

Pasal kerja pulak, ni susah sikit nak cerita, aku di pulau tioman ni baru setahun lebih aja, Aku bukan bos tetapi disebabkan department aku tiada bos - terpaksa lah aku amik alih semua tugas sehinggalah bos baru masuk - ntah bila??? bukan senang nak jaga 1 department kalau tiada kerjasama dari staff, aku mmg ada seorang assistant tetapi senang cerita dia ada ngan x da - sama je so faham2 lah apa maksudnya. Aku lebih mengharapkan supervisor aku dan staff. Yg dia tu .... x leh harap. Alhamdulillah buat masa ni aku x punya masalah besar tentang staff cuma problem biasa2 je - tu adatlah.  

Sebagai permulaan, biar setakat ini saja lah, esok2 aku sambung tulis lagi ya.... choww

No comments:

Post a Comment