Lemau betollah - server slow giler .. penat2 update blog hilang pulak...isshhkkkkk tension... dah lah tension sikit pasal kerja, server ni lak buat hal..lembab giler.
Seminggu dah berlalu - aku sibuk betol sampai x sempat nak update blog ni..heheheheh ok lah aku ringkaskan cerita aku untuk seminggu ni apa yg berlaku.
hari khamis dan jumaat yg lepas aku amik cuti - yelah nak entertain kawan aku G and the geng - tu pun sbb dia org 1st time datang - kalau dah banyak kali - x da maknanya aku nak melayan. Aku arrangekan aktiviti untuk dia org - seronok gak lah.. mcm2 yg kita org buat. Aku yakin mesti dia org akan datang lagi ..hehehehehe
Baru 2 hari aku maik cuti, masuk kerja semalam dah ada complaint. Harap kan asst aku ni - mmm hampeh. Dia ada ngn dia x da sama jer.. aku pun x tahu apa yg dia buat. Nak marah bukan budak2 lagi nak tegur kan org tua..kecik ati- payah. Senag cerita lantak lah ko nak buat apa. Aku dah malas nak fikir - lagi aku fikir lagi aku sakit hati paling tak pun baik fikirkan tentang2 staff aku yg telah banyak beri kerjasama selama aku disini. Kerja makin banyak lagi baik aku fokus ngan kerja aku ada gak faedah. Aku datang sini bukan nak jaga hal org aku nak cari rezeki yg halal so dia pandai2 lah fikir sendiri ...
Penat mmg penat tapi kalau org yg disayangi sentiasa beri dorongan - penat pun hilang malah lebih bersemangat. Aku bersyukur dengan kehadiran abg aku jadi lebih bersemangat. Alhamdulillah buat masa ni hubungan kami baik2 je - kalau ada masalah kecik2 tu segera kita selesaikan. Aku serius dengan hubungan ini, semoga hubungan kami ini direstui allah wst. Insyaallah ada jodoh kami - bersatu lah kami.
Buat abah x da masalah cuma abah selalu berpesan berhati2 dan pilih yg terbaik. Jangan diukur melalui rupa tapi hati dan keikhlasannya. Aku faham dengan apa yg abah maksudkan, dia mengambil berat tentang aku sbb abah tahu yg aku dah banyak kali terluka dan dia x mahu aku mengulangi kesilapan yg sama. Bukan abah aja yg gembira untuk aku - malam adik beradik yg lain & jugak kawan2 terdekat pun sama - they happy for me... siap nak sponsor lagi..hehehehehe best nya. Thank u all.... Aku benar2 berharap semoga family abg dapat menerima aku seadanya.
Setiap kali aku runsing, ada masalah cuma pada abah lah tempat aku nak mengadu. Dulu masa arwah mak ada - mak lah selalu jadi pendengar keluhan hati aku tapi kini mak tiada lagi. Abah pesan kalau rindu kan mak - setiap kali solat doakan untuknya dan sedekahkan al fatihah buatnya... hanya itu je yg dapat aku lakukan untuk menghilang kerinduan aku buat arwah mak.
No comments:
Post a Comment