Just Me

Just Me

Wednesday, 29 June 2011

30 June, 2011

Semalam sampai kl, sedih .... abg yg ditunggu2 - x tiba, nasib baik G free, dia lah jemput aku. Ntah kenapa abg tetiba senyap - menghilangkan diri...  aku x faham lah.. Kenapalah nasib aku mcm ni, nak bukak buku cerita baru jer end up mesti sad story. X sampai sebulan pun - abg dah tinggalkan aku, ntahlah apa lah nasib. Aku dah penat fikir - apa lah salah aku, apa dosa aku pada dia sampai dia buat aku mcm ni. Lansung x kol x msg... at least say something. Aku dah puas pujuk merayu tanya kenapa??? masih x da jawapan - i guess that is the end lah... mungkin takdir aku mmg untuk hidup sorang. Aku x kesal pun - ini semua tentuan tuhan. Cuma yg aku kesal kan sikap dia yg x berterus terang. Manusia ni kalau cakap - yg manis dan indah aja tapi hakikatnya takut pada diri sendiri.

Aku percaya & yakin - insyaallah kebahagian aku pasti datang.Dah banyak kali aku sedih mcm ni, kali ni aku dah mcm x da perasaan, nak sedih ker, nak sakit hati ker..sbb aku dah banyak kali terluka.......... X nak lagi feel down mcm ni. Hidup aku mesti diteruskan. Tanggungjawab aku sebagai anak pada abah belum habis....aku mesti kuat semangat.

Dah lah lagi difikir lagi sakit hati, buat masa ni biar berkawan jer lah dulu, x nak lah cerita pasal hal2 seius ni. X nak berharap dah.


Kehadiran zam dalam hidup aku pun ntah sampai bila, dia pun akan tinggalkan aku jugak 1 hari nanti so sementara dia ada dalam hidup aku ni - aku hargai jer lah. Antara kami bukan ada apa hubungan apa pun cuma buat masa ni dia lah yg sudi dengar cerita sedih aku ni...

Monday, 27 June 2011

28 June 2011

Awal aku masuk office hari ni adalah gara2 susah nak tido malam tadi. Entah apa silapnya susah nak tido, nak kata minum kopi / necsafe - x pun. Aku mula lah boring hari ni, dah x cukup tido mulalah mata ni jap lagi nak pejam jer... addduiiihhh nak escape x masuk briefing - bos pulak ada hari ni... masak aku.

Hari last day aku kerja sebelum nak pergi bercuti - jadi banyak lah benda yg nak kena diselesaikan. Dah lah MOD hari ni - sampai ke malam lah nasib baik banyak benda yg nak dibuat. Nak prepare handover untuk supervisor aku, yelah aku kan nak bercuti - jadi aku kena memastikan semasa aku bercuti nanti kerja berjalan dengan lancar. Bukan aku x percaya, cuma aku kena merancang cara kerja.

Kalau nak diikutkan hati, mmg berat aku nak bercuti kalau x da org yg ganti aku untuk monitor operation, ada asst pun ...mmmm .. malas nak cerita pasal dia - klau cerita pun mmg "never ending story". Aku berharap pada supervisor je lah, apa pun aku dah siap pesan - ada apa2 masalah aku nak tahu.. dia org kena kol aku jugak. Aku yakin - insyaallah semua akan berjalan ngn baik.

Semalam tiba2 masuk 1 sms, bila aku belek2 no hp tu rupanya c zam, zam tu cerita aku  yg lepas. Aku pun x tahu knp tiba2 muncul selapas sebulan lebih menghilang - lantaklah bukan masalah aku lagi. Dia kol bertanyakan khabar & keadaan aku sekarang so aku bagi tahu lah yg aku bersama abg (faiz) dan insyaallah kalau diizinkan allah swt hujung tahun ni kami nak bersatu. Dia ala2 terkejut lah - dia bgi tahu dia masih mcm dulu, dia ke sabah kerana tugas selama 3 minggu dan baru sampai semalam, rindu aku konon...ccehehhh... aku x heran & x peduli pun. Aku dah bagi tahu dia - so terpulang lah pada dia. Aku x nak lagi ingat cerita lama - kini aku ada cerita baru bersama abg. Aku mesti hargai perhubungan kami ini.

Abah dah pun selamat sampai - kata abah hari khamis malam jumaat ni abah nak buat kenduri sikit - so abah suruh aku ngn along balik. Aku baru plan nak lepak 2 3 hari kat kl dulu then baru balik kg tapi atas permintaan abah - aku mesti tunaikan. Aku akan balik kg bersama abg ngn along. Mesti along terkejut kan tgk abg nanti ..hehehehehehe... x sabar nak balik esok. Semoga perjalanan esok mudah dan lancar...... peeaacceee 

13 June 2011

Lega, habis dah cuti sekolah maknanya x busy dah lah... penat tau..kesian ngn staff2 aku yg bertungkus lumus kerja kuat 2 minggu ni. Aku nak plan bagi mereka cuti berehat. Nasib baik lah staff ni memahami - kalau tak mati gak lah aku.

Aku ingat aku jer yg busy, rupanya abg pun busy gak = kesian kat abg, dah lah x sihat, kerja banyak selalu balik lambat. Aku x leh nak buat apa, cuma bertanyakan kbr berita jerlah. Aku jauh jadi hanya itu je yg boleh aku buat - antr sms dan kol. Aku risaukan dia dan bimbangkan keadaan dia. Semoga dia cepat sembuh. Love u

Minggu ni, aku ada tetamu ...hhehehehee nazri, edan ngn 2 kawan dia datang holiday kat sini, seronoknya aku ada org nak datang melawat - al maklumlah aku ni di seberang laut bukan senang nak sampai, so aku pun dah tukar off day nak join dia org buat aktiviti.. yoyo jer kan aku ni - suka sangat kena panggil ngn bos balik kerja baru tahu ... hahahhahaha

Selama 1 tahun 6 bulan aku disini, aku masih x faham perangai rakan2 sekerja kat sini. Berpuak2 mcm grouping. Aku x leh nak faham kenapa mesti ada sikap mcm tu sedangkan ni pulau bukannya bandar besar pun - balik2 muka yg sama jugak jumpa. Aku jadi konfius - so apa yg aku buat ialah buat BODOH. Aku x berpihak pada saper2 dan aku malas nak campur hal org. Baik aku buat hal aku, dia org nak join ke, x nak join ker - ada aku kisah???  x kisah. Pada aku, aku dibayar gaji untuk buat kerja bukan untuk org suka - so .... hahahhaa..... sendiri mau ingat lah... hehehehe aku bukannya baik sangat pun ada gak masa jadi busybody dok kutuk org tapi agak2 lah x kan lah sampai berdendam - hal kerja dicampur aduk hal luar... tu yg aku x suka - emosional ...mmmm payah

27 June 2011

Penat betol - bila fikir aku penat, staff aku mcm mana plak, dia org lagi lah. Walaupun staff x cukup, aku bersyukur sebab dia org memahami dan tak berkira tentang kerja baik staff / supervisor - kalau tak mmg mati lah. Dengan itu, aku mesti kena fikirkan kebajikan dia org jugak.

Mengikut mesej yg abah hantar, sepatutnya abah akan sampai hari ni lepas zohor. Aku rindu abah & arwah mak. Ntah lah sejak mak dah x da, aku rasa x happy dah. Hidup kena teruskan, aku mesti kuatkan semangat.

Abah selalu pesan, kalau rindu mak - selepas solat doa kan mak dan sedekah al fatihah buatnya.

Tiada yg terbaik dari mak & abah. Aku amat terhutang budi kepada mereka. Aku masih ingat waktu kecil dulu, diantara 5 org adik beradik - aku lah yg paling nakal, yg paling x dengar cakap. Dari aku kecik hingga zaman remaja aku lah yg paling banyak bagi masalah pada abah dan mak. Aku menipu, melarikan diri dari rumah...mmm.. mcm2 lagi yg aku buat hingga 1 ketika abah sampai putus asa dengan perangai aku, emak yg x henti2 beri nasihat pada aku - masa tengah darah muda yg aku tahu nak memberontak je keja. X dengar kata, ponteng sekolah kalau kira kena pukul ngn abah tu kira dah biasa dah lali dah - hahahahaha..... semua jenis pukulan aku dah rasa, masa tu mmg aku benci abah tapi bila dah besar, aku berjaya berdikari sendiri, aku x menyesal merasa dipukul oleh abah dulu sbb dengan ajaran dari abah aku jadi manusia yg diterima masyarakat. Terima kasih abah mak... rindu mak abah..

Semalam aku bingung dibuat oleh abg, mesej x balas, kol x jawab... susah hati aku dibuatnya. Aku buat salah ker??? pagi ni pun x da berita dari dia, aku betol2 bingung... knp abg buat aku mcm ni, tapi semua persoalan itu terjawab bila dia antr mesej tengahari tadi. Adduuiiihhh.... aku ingatkan dia marah cuma dia x sedar diri jer sebab terlalu penat. Kesian kat abg - 2 3 hari ni dia selalu balik lewat sbb nak buat persiapan untuk event, lega aku rasa....hehehehehe.... Love u so much ...

Saturday, 25 June 2011

25 June 2011




Kerja kat resort mmg best, tenang x serabut  suasana mcm kat bandar tu - dengan jalan jem setiap masa tu pun dah cukup bagi tekanan bulan tekanan kerja lagi. 

Kat sini lain pulak - tekanan pasal kerja jer lah. paling tidak kalau serabut sangat kepala aku pi mandi laut x pun menung jap dok kat tepi pantai.....

Resort ni mmg dah lama tapi masih terjaga - penjagaan tu termasuk dalam kerja aku lah.

Aku kena banyak sabar untuk hadapi setiap teguran secara positif, aku mesti jadikan ianya sebagai pengajaran untuk memperbaiki kelemahan yg ada. Aku mest kuat semangat - dah lah aku incharge department ni - erti kata lain kalau aku failed maknanya aku gagal nak jaga department ni... no can not .. x boleh.. aku mesti sahut cabaran ini

Bila ada masalah aku mulalah igt kat mak & abah, selama ni pada mak & abah lah tempat aku nak mengadu. Aku x minta pertolongan apa pun cuma mereka tu pendengar yg setia walaupun x selesai masalah - rasa lega jugaklah. Sekarang mak dah x da, nak cerita pd abah takut dia susah hati plak... nak cerita pd abg - hubungan kami masih baru x nak bebankan dia ngn masalah aku. Aku hanya boleh luahkan pada blog ni jer lah.... mmmmm........ Aku rindu mak abah....

Lagi 3 hari aku nak pergi bercuti dah, aku mmg risau nak pergi bercuti bila kenangkan saper nak tolong tgk2 kan department aku, mula2 asst. aku tu pun nak bercuti gak - yg best siap apply sama date ngn cuti aku - ggggrrrrhhh geram aku, dah lah setiap bulan nak cuti sekarang turn aku cuti - dia nak jgk... aahhh !!!.. aku x peduli - aku nak pegi gak...nasib baik dia beralah, aku baget dia sedar diri gamaknya yg dia tu tiap bulan cuti - nasib lah kan ....  aku kena prepare hand over untuk semua supervisor aku, supaya operation terus berjalan ngn baik.

X sabar nak jumpa abg... miss him so much..



Thursday, 23 June 2011

23 June 2011

selepas beberapa hari puasa sekarang aku dah x rasa lapar, dah macam biasa, ada jugak kadang2 terliur jugak bila ada yg cerita bab2 makan tapi alhamdulillah masih boleh bertahan, betul kata mia mula2 jer rasa mcm nak pengsan nak habiskan 1 hari tapi lepas 2 3 hari dah ok. Big grin thanks mia, kalau x pasal ko - aku mesti x buat nya... 

tinggal 5 hari jer lagi sebelum aku nak gi cuti, aku kena siapkan kerja sebanyak yg mungkin so x lah susah nak hand over nanti. aku betul2 x mengharap pada asst. aku tu, sebab aku pun x tahu apa kerja lah yg dia buat. biarlah allah swt tu maha mengetahui... kalau ikhlas dia kerja - halal lah pendapatan dia tu. aku cuma harapkan supervisor2 aku aja, mmg aku akan buatkan setiap sorang handover supaya semua assignment dia org akan buat. insyaallah semua akan berjalan dengan lancar.

x sabar nak balik nak jumpa budak2 heheheeh.... anak buah aku lah ...terutama sekali c ryan ngn jojo...





ni cerita tentang aku pulak, abah dah nak balik 27 ni, x sabar nak jumpa abah, mesti abah akan lebih ceria lagi bila balik nanti. kali ni aku balik, aku harap abg akan jemput, bukan apa, selalunya abah yg jemput tapi cian plak kat abah sebab abh kan baru balik, x kan aku nak mintak abah travel dari melaka semata2 nak jemput aku, andai kata kalau abg x leh nak jemput, apa susah naik jelah teksi..sediakan jelah duit tongue hehehehe.... harap2 abg boleh jemput - day dreaming rindu nak jumpa dia.... hehehhehe. aku benar2 bersyukur pada masa ini hubungan kami baik2 aja, aku tahu pasti ada halangan dan dugaan tapi harap2 biarlah ianya mudah diselesaikan dan tak akan mengeruhkan hubungan kami.


Sunday, 19 June 2011

20 June 2011

Aku berpuasa hari ni - untuk apa..?? ganti lah paling tak pun untuk kesihatan jugak. harap2 hari ni hari yg baik buat aku, semoga mood boss pun ok. Aku risau gak ni. Hari ni jugak kurang dah busy..kesian aku tgk staff2 aku tu.. terselah yg dia org tu dah penat. Aku x da pilihan - insyaallah bila trainee masuk nanti kuranglah sikit beban mereka tu.

Malam tadi - abg merajuk gamaknya. Aku hormati pendirian dia, dia x nak apa2 pemberian pun dari aku - tapi aku ikhlas x mengharapkan balasan pun tapi kalau dah begitu gayanya, x per lah aku faham dah lah - kalau x nak maksudnya x nak lah, jangan dipaksa. Kalau x nak keruhkan keadaan / hubungan so kenalah saling memahami.

Bila duduk fikirkan tentang kerja, aku dah mula risau. Aku nak bercuti 29/6 selama 15 hari - saper pulak nak tolong tengokkan operation department aku ni, nak harapkan asst yg x leh nak harap tu mmmm...... payah nak percaya. Aku dah buat permohonan nak promote K Ani, tyapi boss suruh hold lah plak. Aku nak kena follow up ni... aku mesti pastikan operation department aku terjaga walaupun aku tiada.

Saturday, 18 June 2011

19 June 2011

Lemau betollah - server slow giler .. penat2 update blog hilang pulak...isshhkkkkk tension... dah lah tension sikit pasal kerja, server ni lak buat hal..lembab giler.

Seminggu dah berlalu - aku sibuk betol sampai x sempat nak update blog ni..heheheheh ok lah aku ringkaskan cerita aku untuk seminggu ni apa yg berlaku.

hari khamis dan jumaat yg lepas aku amik cuti - yelah nak entertain kawan aku G and the geng - tu pun sbb dia org 1st time datang - kalau dah banyak kali - x da maknanya aku nak melayan. Aku arrangekan aktiviti untuk dia org - seronok gak lah.. mcm2 yg kita org buat. Aku yakin mesti dia org akan datang lagi ..hehehehehe

Baru 2 hari aku maik cuti, masuk kerja semalam dah ada complaint. Harap kan asst aku ni - mmm hampeh. Dia ada ngn dia x da sama jer.. aku pun x tahu apa yg dia buat. Nak marah bukan budak2 lagi nak tegur kan org tua..kecik ati- payah. Senag cerita lantak lah ko nak buat apa. Aku dah malas nak fikir - lagi aku fikir lagi aku sakit hati paling tak pun baik fikirkan tentang2 staff aku yg telah banyak beri kerjasama selama aku disini. Kerja makin banyak lagi baik aku fokus ngan kerja aku ada gak faedah. Aku datang sini bukan nak jaga hal org aku nak cari rezeki yg halal so dia pandai2 lah fikir sendiri ...

Penat mmg penat tapi kalau org yg disayangi sentiasa beri dorongan - penat pun hilang malah lebih bersemangat. Aku bersyukur dengan kehadiran abg aku jadi lebih bersemangat. Alhamdulillah buat masa ni hubungan kami baik2 je - kalau ada masalah kecik2 tu segera kita selesaikan. Aku serius dengan hubungan ini, semoga hubungan kami ini direstui allah wst. Insyaallah ada jodoh kami - bersatu lah kami.

Buat abah x da masalah cuma abah selalu berpesan berhati2 dan pilih yg terbaik. Jangan diukur melalui rupa tapi hati dan keikhlasannya. Aku faham dengan apa yg abah maksudkan, dia mengambil berat tentang aku sbb abah tahu yg aku dah banyak kali terluka dan dia x mahu aku mengulangi kesilapan yg sama. Bukan abah aja yg gembira untuk aku - malam adik beradik yg lain & jugak kawan2 terdekat pun sama - they happy for me... siap nak sponsor lagi..hehehehehe best nya. Thank u all.... Aku benar2 berharap semoga family abg dapat menerima aku seadanya.

Setiap kali aku runsing, ada masalah cuma pada abah lah tempat aku nak mengadu. Dulu masa arwah mak ada - mak lah selalu jadi pendengar keluhan hati aku tapi kini mak tiada lagi. Abah pesan kalau rindu kan mak - setiap kali solat doakan untuknya dan sedekahkan al fatihah buatnya... hanya itu je yg dapat aku lakukan untuk menghilang kerinduan aku buat arwah mak.

19 Jun 2011

Aku amik cuti 2 hari khamis & jumaat untuk entertain G and the geng, dia org pun baru 1st time sampai pulau ni, kalau dah banyak kali x nyer aku nak melayan. Mcm2 aktiviti yg kita org buat - pi snorkling, berbasikal jungle tracking - yg jungle tracking tu aku x ikutlah... peerrhhh penat tu nak daki bukit so biar dia org je yg buat.... mmg lepak gilerr dia punya penat tuhan aja yg tahu... semalam dia org balik aku pun start keja.

Baru 2 hari aku amik cuti - dah ada complaint.. harapp kan asst aku tu ... hampehhhhnya. Mcm mana aku nak cuti lama ni - risau aku dibuatnya. Ada asst pun serupa mcm tak da, kehadiran dia pun aku x tahu apa yg diabuat. Nak tegur bukan budak2 ... nak marah org tua.. sabar jer lah. Aku naik malas nak fikir - kalau fikir banyak2 sakit hati. Kerja nak kena buat gak so baik jangan fikir - lantaklah dia nak buat apa..!!! kerja makin lama makin banyak, lebih baik fokus pada kerja.. niat aku nak cari rezeki tg halal..

Walaupun penat bila ada sokongan dari org tersayang penat pun hilang. Hubungan aku dan abg buat masa ni semakin baik - alhamdulillah semoga allah swt merestui hubungan kami. Insyaallah ada jodoh - bersatu lah kami.. abah x da masalah, semoga family abg pun mcm tu juga. Aku serius dengan hubungan ini dan aku dah bersedia untuk bersama dia. Bukan family aja happy - all my friends pun happy for me.. siap nak sponsor lagi tau...hehehehehe

Abah cuma pesan pandai2 lah buat pilihan, abah x halang cuma abah nak aku buat pilihan yg terbaik. Abah tahu aku dan banyak kali aku terluka jadi abah sering amik tahu tentang aku. Sayang abah - sejak arwah mak meninggal hanya pada abah lah tempat aku mengadu kalau tak selalunya arwah mak lah jadi pendengar setiap keluhan aku, tapi kini mak tiada lagi cuma abah jelah. Abah pesan kalau rindu mak - setiap kali lepas solat doakan mak dan sedekah alfatihah untuknya ... aku ingat tu.


walau apa pun kebahagian abah adalah kebahagian aku - kesedihan abah ada kesedihan aku juga. Jadi aku berjanji pada diri aku x akan buat abah bersedih. Insyaallah.

19 Jun 2011

hahahah... kelakar, aku boleh x jumpa add. blog aku..ceehhh... apa lah. 2 3 hari ni letih sikit, g and the geng datang dan aku amik cuti untuk entertain dia org. Macam2 aktiviti dah buat - penat dibuatnya cuma jungle tracking je aku x pergi - x da maknannya aku nak ikut hhehehheee.... pertama kali dia org dtng kena lah join, lain kali dtng - x da dah nak bawak jalan2 - pandai2 dia org lah.

Baru 2 hari cuti, mcm2 complaint aku dah dengar. Ada asst. pun mcm x da. Kecewa betollah. Aku sedih gak bila mengenangkan nasib kerja mcm ni tapi bila difikir semula, amik sebagai cabaran. Kecewa mmg kecewa tapi alhamdulillah buat masa ini aku masih boleh handle - tu pun terima kasih atas kerjasama semua staff & supervisor  aku yg banyak membantu.kalau nk fikir pasal yg sorang tu sampai esok lusa pun x habis, lagi sakit hati dan berdendam ada - malas nak fikir pasal tu baik aku fokus dengan kerja aku...

Alhamdulillah hubungan aku ngn abg semakin baik, semoga hubungan kami berkekalan. Insyaallah ada jodoh bersatu lah kami nanti. Abah x da masalah cuma aku kena berjumpa keluarga dia aja, tak tahu lah bila.

Saturday, 11 June 2011

11 June 2011

Aku pun x tahu kenapa aku beriya sgt nak menulis blog - mmm... sebenarnya apa yg aku rasa adalah kepuasan kerana dalam blog lah aku dapat meluahkan isi hati aku. Nak luahkan pada kawan2 x semua boleh terima so aku luahkan dalam blog ni aja.

Biar aku mulakan tentang diri aku, buat masa ni aku x berpunya lagi - erti kata lain single lah. Bukan x nak cuma org x sudi so lebih baik aku macam ni. Lagi pun aku dah lalui bermacam peristiwa - yg baik, yg sedih semua cukup, jadi kalau ada jodoh, aku kahwin lah. Dalam pada itu aku punya teman istimewa cuma blum sah je lagi status nya, insyaallah semoga hubungan yg baru ini akan berkekalan dan menuju kebahagian - insyaallah.

aku anak yg ke 3 dari 5 beradik, abg dah kahwin dah kini menetap di Nilai bersama isteri & 4 org anaknya - cute2 tau mcm anak jepun (mana x nya anak kacukan melayu + indo cina) kakak aku pulak sementara waktu ni tinggal bersama abah di melaka - yelah sejak mak aku meninggal tahun lepas, abah dok sorang2 so biarlah along yg teman, adik lelaki yg ke 4 juga dah berumahtangga menetap Gombak bersama isteri & anak tunggal nya cute juga hahahha...  adik yg bongsu pun sama di gombak hanya aku jer terlontar jauh ke tioman. ok lah tu .....

Pasal kerja pulak, ni susah sikit nak cerita, aku di pulau tioman ni baru setahun lebih aja, Aku bukan bos tetapi disebabkan department aku tiada bos - terpaksa lah aku amik alih semua tugas sehinggalah bos baru masuk - ntah bila??? bukan senang nak jaga 1 department kalau tiada kerjasama dari staff, aku mmg ada seorang assistant tetapi senang cerita dia ada ngan x da - sama je so faham2 lah apa maksudnya. Aku lebih mengharapkan supervisor aku dan staff. Yg dia tu .... x leh harap. Alhamdulillah buat masa ni aku x punya masalah besar tentang staff cuma problem biasa2 je - tu adatlah.  

Sebagai permulaan, biar setakat ini saja lah, esok2 aku sambung tulis lagi ya.... choww