Just Me

Just Me

Tuesday, 25 October 2011

25 Oct, 2011

Sekarang ni aku dalam program diet, program buat sendiri. Berjaya atau tak!!! Aku x boleh give up - yg penting kena cuba dan buat bersungguh2. Sekarang aku skip dinner tapi aku makan something light mcm biskut / roti, paling2 tak pun jajan..hehehhee. Bila breakfast i should take bread dan salad and i have start today. Aku mesti berazam dan kuatkan semangat buat diri aku sendiri. Sokongan dari abah dan boss buat aku yakin - insyaallah usaha aku akan berhasil. Thanks boss for your support.

Cerita pasal kerja, x da yg menarik. Kerja jalan mcm biasa dan banyak tapi alhamdulillah aku boleh buat sebaik2. Terima kasih atas bantuan dan sokongan dari staff. Mana ada kerja yg x da masalah - yg penting adalah mcm mana nak tackle masalah itu. Aku bukannya pandai sangat tapi setiap apa yang berlaku merupakan sesuatu yang baru dan aku ambil pengajaran dari nya. Banyak yg telah aku pelajari dan aku x kesal pun. Aku bersyukur dengan itu, ianya membuat aku lebih matang untuk menghadapi apa saja rintangan dan dugaan.

Antara aku dan abg, hubungan kami tiada masalah buat masa ni - alhamdulillah semoga direstui allah swt. Aku benar2 gembira kerana adanya dia didalam hati walaupun dia bukanlah seperti yg aku angankan namun dia adalah yg terbaik buat aku. Aku amat bersyukur allah telah menemukan kami dan aku bersyukur kerana dia dapat menerima aku seadanya. Kami saling sayang antara 1 sama lain. Semoga hasrat kami untuk bersatu akan menjadi kenyataan,insyaallah ...amin...


Banyak lagi perkara yg telah berlaku dalam hidup aku dan terbarunya adalah aku bakal menerima seseorang yg akan menggantikan tempat arwah mak disisi abah. Ntah bila hari nya - aku x tahu tapi apa yang pasti, aku tiada bantahan andai itu yang abah mahukan dan boleh menggembirakan hatinya. Semoga allah permudahkannya. 







Tuesday, 18 October 2011

18 Oct, 2011

Punya la aku sibuk hingga nak update blog pun x sempat... hehehehe. Kerja banyak by the time balik bilik - aku pun dah penat, nak mengadap blog pun x larat - hbs mcm mana.... lagi pun seminggu ni kerja x happy, x happy dengan kehadiran haslimi - secara jujurnya aku x selesa dia ada. Bukan salah dia cuma aku sendiri yg kurang yakin dengan diri sendiri sedangkan aku sepatutnya gembira sebab dengan kehadiran dia, niat aku untuk transfer ke department lain mungkin termakbul. Apa2 pun dia last dah Jumaat lepas, sekarang balik seperti sedia kala aku run my own department - walaupun x senang, kerja & tanggungjawab kena buat. Ntah bila lah pulak - officially dia nak amik alih.... tunggu dan lihat jer la.

Perkembangan terbaru aku - x da kot cuma hubungan aku dah abah dah ok mcm biasa. Aku akan berfikiran lebih terbuka lagi bila abah bercerita tentang hasratnya nanti. 
 
Antara aku dan abg hairul pulak - hubungan kami baik2 je.... alhamdulillah. X sabar nak jumpa dia, kata abg - hari raya haji nanti, dia akan bercuti di tioman bersama aku ..mmmmm best nya. 

Tentang along pulak, masih x berubah. Walaupun dia merupakan anak yang sulung, tapi perangainya macam budak2. Ntah apa yg dia fikir, langsung x bertangungjawab. X kesian ker kat abah. Kalau ikutkan hati aku - dah lama along ni kena basuh ngan aku. Bila aku tegur, mulalah kecik hati lah, merajuk lah tapi sendiri x mau fikir. 24 jam dok mengadap laptop berchating. Bila lah dia nak sedar...............


Kesian abah, aku x sampai hati tgk abah kena bayar semua hutang dia. Insyaallah selagi aku mampu bantu, aku bantu abah. Aku percaya pasti allah murahkan rezeki buat aku - amin -


 

Thursday, 6 October 2011

6 October, 2011

Sibuknya aku hari ni, tapi fun bila buat kerja sama2 ngan staff. Walaupun penat tapi x terasa pun namun dalam pada tu, aku bengang sikit ngn FO - nak kata x pandai kerja - masing2 dah kerja bertahun2... booking cancel / booking tukar bukan nak inform, ingat staff aku ni x da kerja lain agaknya. Geram betol... gggrrrrhhhh....... suka2 hati jer, aku bukan x faham keadaan dia org - pertukaran tu semua adalah diluar jangkaan tapi jadilah pandai sikit, inform department yg berkenaan awal2, ni tak - selalu last2 minute. Nasib baik supervisor aku ni teror....isshhkkkkkkk......susah betol kalau kerja ngn org yg bodoh tapi berlagak pandai. Bila aku tegur kan kata aku lebih2... menyusahkan betol....Tengoklah besok mcm mana????

Hari ni aku terkejut, bila abg tjl luahkan rasa hati, nampak je dia ceria tapi dalam hati dia terseksa rupanya. Aku mmg x dapat nak selesaikan masalah dia cuma aku boleh jadi teman untuk dia meluahkan perasaan hehehe.. aku kan pendengar yg baik. Sekurang2nya dia akan berasa lega dan sikit sebanyak dapat jgk aku mengambil iktibar dari pengalaman yg dilaluinya. Zahir nampak gembira tapi batinnya tersiksa - kesian abg tjl. Walaupun dia punya isteri dan anak2 yg menceriakan hidup tapi hubungan mesra suami isteri tiada lagi. Itu yg menyedihkan. Aku x faham, sedangkan telah sekian lama mereka berumah tangga tapi kenapa x mesra....mmmmmm..... aku percaya, masalah abg tjl dapat diselesaikan sekiranya ke2 2nya berubah. Isteri harus lebih prihatin pada suami dan suami jangan ada skandal ok - luangkan lebih masa bersama isteri - skali skala kena lah kluar dating ber2 je tanpa anak2...insyaallah ok.... hehehehehe... aku lak mcm pandai2....hahahahaha - aku mendoakan semoga masalah abg tjl akan selesai dgn baik...

Kini aku faham - bila umur kita semakin meningkat, kita akan sering berasa sunyi dan dikala itu la kita memerlukan teman. Teman boleh jadi isteri atau suami kita...Jadi - aku harus bersikap positive bila abah meluahkan hasrat hati untuk mencari teman baru bagi menggantikan arwah mak. Aku x salahkan abah lagi, aku dah faham - selama ni arwah mak sentiasa bersama abah dikala abah susah atau senang malah disaat arwah mak sakit pun - abah x pernah keluh atau bersungut untuk menjaga mak. Mereka sentiasa bersama hinggalah disaat arwah mak menghembuskan nafas terakhir. Aku mendoakan kebahagiaan untuk abah - amin - dan segala yg terjadi akan aku jadikan iktibar dan panduan buat diri aku bila aku dah berumah tangga nanti. Setiap cerita, masalah suka duka aku adalah bersama abg hairul - future husband I - insyaallah ... hehehehehe.... Doakan semoga kami bersatu & bahagia ke anak cucu...- amin-

Tuesday, 4 October 2011

5 October, 2011

Hari ni aku x keja, off day. Walaupun off day - awal2 lagi aku dah bangun. Dah biasa agaknya. Lagi pun kalau bangun pagi ni, kita x akan jadi malas - hehehhehe....

Semalam boss bagi tahu haslimi is coming back and will handle special project. Aku x pasti apa perasaan aku, sedih atau happy? ok jer agaknya, lagipun ni kan tempat dia dulu, he knows the place and the problem better. Hari ni 1st day officially dia start, tapi aku off - hopefully staff semua menyambut kedatangan dia dengan baik lah.

Sekarang aku berasa lebih confident dengan hubungan aku dan abg, dari cerita abg - keluarganya x da masalah atau bantahan - cuma dia aja, Keputusan pada diri dia - bila dia dah bukak mulut pada keluarga dia semalam tentang hubungan kami dan hasratnya  - aku gembira sgt. Aku harus hargainya dan x akan mengecewakan dia - insyaallah. Aku harap dia pun begitu juga.

Monday, 3 October 2011

3 October, 2011

Lama dah x update blog, mcm2 yg telah berlaku. Kalau nak cerita mmg x habis tapi boleh gak lah nak story. Kalau nak start ngn kerja, dah tentu x ada yg menarik, kerja cam biasa je dan masalah yg sama jugak berulang - x selesai pun masalah cuma kurangkan aja lah. Kerja plak semakin banyak tapi nasib baik lah ada 2 org sup aku yg acting tu membantu - ringan sikit load kerja. 

Sekarang ni aku dah ubah cara kerja, x nak bagi muka lagi pada staff, mereka ni kalau aku buat baik sikit, bagi muka sikit mula lah nak pijak kepala dan amik kesempatan, lebih2 lagi budak2 muda ni, bila tegur sikit mula muncung mulut tu.. bila x ditegur perangai menjadi2, x menghormati org langsung. Jadi sekarang dia org suka ke, x suka ker - kena ikut. Saper yg buat hal, buat masalah no more talk - terus aja amik tindakan. Dah berbuih mulut bercakap - cam tu gak so tengok lah nanti.

Bila aku teringat tentang cuti yg lepas, aku rasa bersalah sebab aku telah melukakan hati abah, aku x berniat cuma aku rasa sedih dan kecik hati bila abah dah mula bercerita tentang makcik baru yg bakal menggantikan tempat arwah mak. Aku x dapat terima sebab baru setahun mak meninggal, abah dah mula cerita untuk cari teman. Aku x faham keadaan abah tapi aku tahu abah sunyi. Di mulut aku x membantah kalau abah nak kahwin lagi tapi di hati aku sedih sekali. Ntah lah.. aku kerap fikir bagaimana agaknya keadaan keluarga aku nanti, adakah abah akan melupakan kita org atau abah x sayang aku lagi????? Makcik yg baru ni janda dan ada anak, jangan pulak abah berubah hati lebih kan anak tiri hanya sebab nak amik hati bini baru.... iisshhkkkk...... jauh sangat aku fikir.... aku x bersedia nak ada mak tiri... Walau apa pun, aku dah luahkan isi hati aku pada abah dan terpulang pada abah dan aku harap abah memahami kenapa aku bersikap demikian...maafkan ina abah.......... Aku x akan membantah dan aku gembira kalau abah gembira - dalam hati biar allah swt saja yg tahu......


Bila aku ceritakan pada abg hairul, dia pun ajukan soalan yg sama pada aku, andaikata anak nya juga turut berfikiran seperti aku - bagaimana???? aku mmg x dapat nak jawab pada soalan tu. Aku sedar, aku jugak bakal menjadi mak tiri kepada anak2nya (insyallah kalau kami dijodohkan) ... jadi aku harus bersikap lebih positive dan berharap anak2nya juga begitu. Setakat ini kata abg, anak2 nya bersikap terbuka.... alhamdulillah..semoga hubungan kami berjalan dengan baik dan direstui kerluarga dan allah swt.... amin.


Setiap hubungan pasti ada dugaan lebih2 lagi kalau masing2 berjauhan seperti aku dan abg. Atas kesabaran, keikhlasan dan kejujuran - alhamdulillah buat masa ni hubungan kami berjalan ngn baik. Aku bersyukur yg abg sangat memahami dan juga bersabar dengan perangai aku yg kadang2 over x tentu pasal...hehehehehe... yelah dia kan lebih berpengalaman jadi dia lebih cool, mcm aku ni excited semacam. Kata abg kalau semuanya berjalan dgn baik, kami akan bersatu pertengahan tahun 2012. Aku gembira sangat tapi aku x nak terlalu berharap - takut peristiwa lalu berulang lagi. Aku hanya berdoa semoga perhubungan kami ini direstui... insyaallah.