Dan sekarang ni sedang bercuti, amik mood raya - start cuti semalam. Aku memang dah plan nak balik kampung untuk spend time ngan abah. Bukan aku sorang jer - along pun ada sama. Lagipun dah lama x balik kg, best jugak walaupun sebenarnya x da apa2 aktiviti pun yg aku buat kat sini selain makan, tido dan tgk tv....hehehehehehe.... aku pulak bukan jenis rajin nak bertandang rumah orang so lebih baik dok rumah jer.. buat apa2 yg patut....
Beberapa minggu yang lepas, banyak perkara yg berlaku dalam kehidupan aku - baik personal atau pun kerja. Ada perkara baik dan ada yg kurang baik:
Yang baiknya -
- Di pulau aku dah ada dapur ala2 warung ..hheheheee so kalau boring asyik makan kat restaurant, aku dah boleh masak sendiri dan ikut selera aku, kalau boring makan sorang, aku ajak kawan2 makan bersama..
- Bos dah luluskan permohonan aku untuk promote staff untuk jadi assistant aku - alhamdullilah ada gak pembantu akhirnya
- Kini aku x sunyi lagi, aku ada abg hairul dan apa yg penting semoga perhubungan kami baik2 dan berkekalan
- Aku dan khairul dah berbaik semula tapi hanya sebagai kawan.. apa yg penting antara kami tiada lagi rasa marah & dendam .. cerita lama, begitu juga ngan abg isa, semoga persahabatan akan berkekalan
Yang kurang baik -
- Masalah staff aku yg x pernah nak berubah..mmg betul lah kata pepatah melayu: manusia mmg x pernah berubah..... bila dah tersungkur baru lah nak sedar. Dah bermacam cara aku nak mengingatkan mereka tentang bertapa penting nya kerja tapi tetap jugak x diendahkan. Suka sgt ponteng kerja, amik mc tipu...ishk..gerammmmmm.....
- Ni pulak pasal offer untuk kenaikan, blum cuba dah mengalah. Kecewa betol aku dengan sikap mcm ni, takut sgt dan mudah sgt nak mengalah. Bukannya aku bagi presure, aku bagi offer untuk mencuba dan patutnya lebih bersemangat, bukannya budak2 lagi .... pengalaman pun dah lama - x faham lah...
- Aku heran perasan dengki, suka amik hal org, busy body, mengumpat mmg dah jadi tradisi agaknya, suasana dah jadi mcm kelompok2 berpuak2. Aku pun bukannya baik sgt tapi x da lah nak sibuk sgt pasal hal org. Dah dengar - dah lah ni tidak lagi nak ditambah cerita nak bagi sedap... nasib baik lah opis aku jauh - kalau x, mesti aku pun dah jadi salah sorang mcm dia org ni - suka nah bawak mulut.... ya allah jauhkan lah........
- Abah pulak asyik cerita pasal jodoh. Aku betol2 x senang lah. Aku x suka dan x bersedia lagi nak ada org lain selain mak... walaupun mak dah x da... tiada saper boleh ganti tempatnya....
Aku dah x kisah dengan apa orang nak kata, aku malas nak campur urusan org lain baik aku uruskan hal aku sendiri. Banyak lagi hal yg nak diselesaikan, kerja aku pun berlambak2 yg nak kena buat. Aku kena lebih fokus tentang kerja dan perhubungan aku dengan abg hairul. Aku x tahu samada ianya akan berkekalan atau tidak - itu kuasa allah swt. Walaupun aku dah banyak kali terluka - aku x pernah kesal kerana itu semua dugaan.... amin
No comments:
Post a Comment