Just Me

Just Me

Wednesday, 14 September 2011

14 Sept, 2011

Hari ni hujan lagi, memangnya x banyak aktiviti yg aku buat selama aku kat kg ni cuma bertekak ngn along setiap hari. Aku ngn along ni selalu bercanggah pendapat mcm x serasi je. Walaupun mcm tu - aku x simpan dalam hati pun paling tidak masing2 masam muka jap lepas tu ok balik... boleh dikatakan hari2 lah mcm ni, abah pun dah biasa sgt ngn perangai kita org. Bukannya ramai pun cuma aku ngn along je kat kg teman abah pun kecoh....hahahahhaa

Aku concern pasal along, aku betol2 x nak dia termakan budi dengan orang. Susah kalau org mintak balas nanti. Masalah nya bila aku cakap, dia kata aku dengki... dia langsung x nak dengar pendapat atau pandangan org. Tu lah masalah kalau dh tua tapi x mcm orang tua...

Mengikut plan - aku patutnya dah sampai KL hari ni ngn faizal tapi disebabkan aku bertukar fikiran semalam so x jadi lah. Aku x nak jadi bodoh lagi pun aku bukan kenal sgt ngn Faizal... ntah apa lah jadi nanti,. Aku x risau pun setakat dah sampai KL - tempat aku cuma aku x nak ulangi kesilapan lama percayai org. Cukup lah aku dah punya abg hairul. Walaupun dia jauh - kami berhubung setiap hari. Apa yg berlaku pun kami akan berkongsi cerita. Apa lagi yg aku nak... Dia percayai aku dan x patut khianati kepercayaan dia tu. Kalau tanya aku samaada aku percayakan dia...setakat ini insyaallah aku percaya kan dia. Lagi pun dia jauh lebih tua dan aku yakin dia tak main2.... insyaalah ada jodoh - ada lah - amin -

Monday, 12 September 2011

12 Sept, 2011

Semalam seharian hujan, x leh nak buat apa, tido tgk tv, tido & tgk tv lagi. petang baru reda hujan, nak buat aktiviti pun dah malam cuma keluar makan ngan along & abah kat kenny rogers kat tesco mlk.Lepas tu pusing2 jap beli barang untuk keperluan aku sendiri, faham2 jerlah nak beli kat pulau - harga nya mahal so beli jer kat sini. X banyak pun sebab kena budget2.

Aku risau sebenarnya dengan keadaan kat opis, harap2 semuanya berjalan ngn baik. Aku dah pesan ngn staff & supervisor, kalau ada masalah mesti kol aku... insyaallah buat masa ni tak da yg serius.

Ingatkan bila x da aktiviti & x kerja, ada masa nak online, rupa2nya lagi malas... hehehehehe... apa yg aku buat cuma sms ngn abg hairul je. Semalam kebetulan hari ahad - dia pun x kerja so dapat lah sms lama2 sikit, banyak jugak cerita kita org. Aku nak kenal dia lebih dan begitu juga dia. Aku yakin dengan abg hairul dan aku tahu bahawa dia serius cuma dia masih belum berkemampuan lagi. Aku kena beri dia masa... x tahu lah bila. Aku ni bukannya makin muda. Ada yg serius - masalah lain pulak.

Dalam pada itu c iqbal pun ada juga sms bertanyakan bila nak balik kl katanya dia rindu lah nak jumpa sgt2. Aku x tahulah serius mana c iqbal tu... aku x yakin dengan dia sebab dia tu mcm biskut, kejap ada kejap x da... masalahnya pulak - dia sering ucap yg dia sgt2 serius..mmmm...malas nak fikir, nanti dah jumpa baru cerita lah.

X habis cerita tu timbul lak cerita lain. Kali ni wujud pulak seorang lagi - Faizal, mmg aku kenal faizal dulu dari abg hairul tapi dia ni pulak selalu x dapat dikesan, ntah tiba2 hari lak muncul. Suppose to meet him on wednesday. Ntah lah ...aku semakin lama semakin kusut, allah sedang menguji aku. 

Macam2 ujian yg allah berikan pada aku, pasal abah, along, kerja dan mcm2 lagi. Aku x tak pasti setabah mana diri aku ni, ntah aku mampu atau tak untuk hadapi semua ujian tu tapi apa yg pasti aku x leh nak lari kena juga hadapi... semoga allah swt permudahkan lah semua nya bagi aku - amin -

Saturday, 10 September 2011

10 Sept, 2011

Lama jugak dah x update blog, aku betul2 sibuk dengan kerja, by the time balik bilik - dah penat. Seminggu lebih jugak lah busy mula dari sebelum raya sampai habis cuti sekolah. Saper sangka resot full house dan staff pulak ngam2 je. Tu belum kira yang buat hal lagi tu - yg mc lah, absent lah, mcm2 lagi masalah yg penting cara nak selesaikan - alhamdullilah semua berjalan lancar.

Dan sekarang ni sedang bercuti, amik mood raya - start cuti semalam. Aku memang dah plan nak balik kampung untuk spend time ngan abah. Bukan aku sorang jer - along pun ada sama. Lagipun dah lama x balik kg, best jugak walaupun sebenarnya x da apa2 aktiviti pun yg aku buat kat sini selain makan, tido dan tgk tv....hehehehehehe.... aku pulak bukan jenis rajin nak bertandang rumah orang so lebih baik dok rumah jer.. buat apa2 yg patut....


Beberapa minggu yang lepas, banyak perkara yg berlaku dalam kehidupan aku - baik personal atau pun kerja. Ada perkara baik dan ada yg kurang baik:

Yang baiknya - 

- Di pulau aku dah ada dapur ala2 warung ..hheheheee so kalau boring asyik makan kat restaurant, aku dah boleh masak sendiri dan ikut selera aku, kalau boring makan sorang, aku ajak kawan2 makan bersama..

- Bos dah luluskan permohonan aku untuk promote staff untuk jadi assistant aku - alhamdullilah ada gak pembantu akhirnya

- Kini aku x sunyi lagi, aku ada abg hairul dan apa yg penting semoga perhubungan kami baik2 dan berkekalan

- Aku dan khairul dah berbaik semula tapi hanya sebagai kawan.. apa yg penting antara kami tiada lagi rasa marah & dendam .. cerita lama, begitu juga ngan abg isa, semoga persahabatan akan berkekalan

Yang kurang baik -

- Masalah staff aku yg x pernah nak berubah..mmg betul lah kata pepatah melayu: manusia mmg x pernah berubah..... bila dah tersungkur baru lah nak sedar. Dah bermacam cara aku nak mengingatkan mereka tentang bertapa penting nya kerja tapi tetap jugak x diendahkan. Suka sgt ponteng kerja, amik mc tipu...ishk..gerammmmmm.....


- Ni pulak pasal offer untuk kenaikan, blum cuba dah mengalah. Kecewa betol aku dengan sikap mcm ni, takut sgt dan mudah sgt nak mengalah. Bukannya aku bagi presure, aku bagi offer untuk mencuba dan patutnya lebih bersemangat, bukannya budak2 lagi .... pengalaman pun dah lama - x faham lah...


- Aku heran perasan dengki, suka amik hal org, busy body, mengumpat mmg dah jadi tradisi agaknya, suasana dah jadi mcm kelompok2 berpuak2. Aku pun bukannya baik sgt tapi x da lah nak sibuk sgt pasal hal org. Dah dengar - dah lah ni tidak lagi nak ditambah cerita nak bagi sedap... nasib baik lah opis aku jauh - kalau x, mesti aku pun dah jadi salah sorang mcm dia org ni - suka nah bawak mulut.... ya allah jauhkan lah........


- Abah pulak asyik cerita pasal jodoh. Aku betol2 x senang lah. Aku x suka dan x bersedia lagi nak ada org lain selain mak... walaupun mak dah x da... tiada saper boleh ganti tempatnya....

 

Aku dah x kisah dengan apa orang nak kata, aku malas nak campur urusan org lain baik aku uruskan hal aku sendiri. Banyak lagi hal yg nak diselesaikan, kerja aku pun berlambak2 yg nak kena buat. Aku kena lebih fokus tentang kerja dan perhubungan aku dengan abg hairul. Aku x tahu samada ianya akan berkekalan atau tidak - itu kuasa allah swt. Walaupun aku dah banyak kali terluka - aku x pernah kesal kerana itu semua dugaan.... amin