Just Me

Just Me

Sunday, 28 August 2011

28 August, 2011

Seminggu resort busy dan seminggu jugak lah aku pun sibuk. Almaklumlah sekarang sorang, x da assistant dah so kenalah buat semua. Dah nama busy - nak update blog pun x sempat. Dalam seminggu mcm2 cerita ada... yg menarik ada, x menarik pun ada. 

Pasal kerja, banyak jugak complaint yg nak kena handle, kali ni - aku dah x bagi muka dah, Aku dah penat asyik cakap - masa untuk mengambil tindakan. Suka atau tidak - kena terima. Mungkin selama ni, aku asyik berlembut - so sekarang masa untuk bertindak. Bukan nya susah sangat nak kerja ngn aku, yang penting kerja buat betol2 dan jangan ada komplaint yang bukan2, susah sgt ker. Aku bukan demand giler2... asalkan buat kerja dengan baik dah ok, tapi masalah staff ni, bila aku bagi muka - dia org naik tocang, mengada.. so rasakan lah ....... Kira aku ni bernasib baik, sbb boss selalu bagi muka kat aku, bagi aku peluang. Aku tahu dan aku malu. Aku akan buat terbaik bagi mempertingkatkan prestasi kerja staff aku - insyaallah.


Tahun ni beraya tanpa mak. Ntah mcm mana lah rasanya, aku sedih sgt.. selalu arwah mak mesti tanya keadaan aku kalau x balik beraya. Paling2 x pun - mak dah buatkan baju kurung raya buat aku, tapi kali ni - aku x da apa2 pun. Sedih sgt .. yg paling aku risau - keadaan abah - mcm mana lah raya nanti. Agak2 abah masih rindukan mak tak..???? cuma abah jer ada jawapanya .... tahun ni pulak, aku x dapat nak balik beraya bersama abah - cuma lepas raya nanti baru cuti. Harap2 adik beradik yg lain balik temankan abah...


Pasal diri aku pulak, x da apa yg menarik - masih sama jer. Iqbal tu on & off.. ntah apa lah yg x kena ngn dia. lantak lah dia, aku malas nak fikir lah buat kusut je, lagi pun dia tu kawan je pada aku.... tambah pulak adik dr indon.. tu pun sorang lagi...buat hilang rasa sunyi, teman sembang - boleh lah. Biar lah keadaan yg menentukan nya............

Saturday, 20 August 2011

21 August, 2011

Hari ni genap sudah umur aku 37 tahun... tua dah aku ni. Lagi 3 tahun dah masuk 40.. adduuiihh.. tapi hidup aku masih mcm ni. Aku x happy pun sebab yg aku sedih x da saper ingat lebih2 lagi adik beradik, aku x salahkan dia org sbb dia org dh ada family - so saper lah aku kan.... kalau arwah mak ada - mak mesti suruh abah kol aku. Aku x kisah tapi aku x leh nak sorok apa yg aku rasa - tu aja...... lagi pun aku bukan budak2 lagi. X yah lah nak fikir perkara kecik ni, patutnya lebih berumur - aku kena jadi lebih matang. Insyaallah....

Status aku ngn Iqbal masih 50-50. Aku x nak berharap nanti aku kecewa lagi. Tunggu jer lah aku balik nanti - baru decide mcm mana. Kalau ada jodoh aku - ada lah, kalau dh x da, nak buat mcm mana. Itu kan takdir namanya - lagipun pertemuan jodoh - ketentuan tuhan. Aku dah berusaha tapi x da jugak - so berserah jer lah. Aku penat ah nak fikir2 dan penat nak meratap nasib mcm ni. Baik aku hargai masa yg ada ...


Dah hampir 2 tahun aku kat pulau ni... Terasa mcm dah boring pulak . . .  ada jugak niat nak balik tapi aku kena bertahan, aku betol2 nak simpan duit buat masa depan. Klau kat bandar mmg x da harapan lah nak simpan duit... kat sini jer boleh. Aku kena kuatkan semangat dan terus bertahan selagi daya.

Thursday, 18 August 2011

19 August, 2011

2 3 hari ni, mood & angin aku x berapa baik gara2 banyak negetive complaint yg aku terima. Puas aku brief, puas aku ckp - dh x tahu nak buat mcm mana lagi dah. Kenapa lah dia org x nak faham. Aku naik malu ngn boss sbb aku tahu boss banyak bagi muka kat aku sbb aku sorang run the operation. Tapi smapai bila aku nak mintak simpati boss. Aku kena buat sesuatu untuk merubah keadaan tapi masalahnya staff2 ni x nak berubah.. aku betol2 kusut, aku dah mula rasa nak blah jer dr sini..............

Aku nak luahkan kat saper - rintihan hati aku ni, apa aku boleh buat pendamkan aja. Aku betol2 sakit hati dan kecewa dgn sikap staff ni. x da mood nak cerita ........

nak hilangkan rasa bosan, aku pun online - bertemu dgn ahmad - umurnya dia dah 28 tinggal jauh diseberang - jakarta indonesia. Bukan ada maksud apa2 pun cuma sebagai adik. Aku bosan so aku layan jer lah. Ok jugak. Dia pun merantau mcm aku - kerja jauh dari family. Dari situ kita org pun bertukar pendapat dan meluahkan masaalah. X banyak yg aku tahu tentang dia tapi aku selesa bercerita ngn dia. Aku rajin jugak kol dia - hehehehehe... bukan murah..pengsan aku bulan ni - cost top up x ingat ...  heheheheh.  

Monday, 15 August 2011

15 August, 2011

Hari ni kerja - ok jer sbb pagi tadi masuk briefing - x da complaint besar, tapi tengahari tadi bila Big Big boss antr email pasal complaint dlm trip advisor ... panas sikit bos.. bila bos dh panas - aku apa lagi... geram betol aku - mana x nya ada 1 bangsa ni complaint ye ye je.. padahal menipu... geram betollah ........ la ni nak kena menjawab lagi la. Aku igt nak balik tido hari ni - ngantok giler ..dan dan .. kena amik "Lepat" nya MOD lak... sabor jer lah. Aku x kisah, aku x berkira - ok jer.
 
pagi2 lagi abah dah kol, abah risau sbb dah 2 hari aku x kol, bukan sengaja - aku letih sikit, bila aku balik nak kol abah - abah gi terawih, bila abah balik - aku pulak dah tido... hhehehhee.. abah rindu aku .. aku pun rindu abah gak. Aku tahu abah sunyi...kenapalah  adik beradik yg lain x kol abah tanya khabar.. x baik dia orang ni, bila susah - pandai pulak cari abah mintak tolong. Aku nak marah pun - dia orang bukan budak2... ya allah, sedarkan lah dia org ni. Aku seronok sembang ngn abah, dapat aku luahkan rasa hati aku. Aku pun beriya nak tahu pasal BF aku sedangkan, aku sendiri x pasti - ada ker... kalau nak cerita pasal iqbal kat abah - bukan sekarang lah sbb aku sendiri pun x tahu isi hati dia yg sebenar..aku cuma luahkan kalau abah ada jodoh untuk aku - aku redha je mungkin itu yg terbaik buat aku .... hehehehee

Friday, 12 August 2011

13 August, 2011

Selama aku kerja hotel, mcm2 gelagat & perangai guest aku tgk, malah aku dah faham sangat ngn bangsa2 org yg baik, yg suka buat kecoh & yg x sedar diri ... aku jadi bengang bila baca trip advisor baru2 ni, ada 1 bangsa ni yo yo je comment tapi comment menipu.. dasar bangsa x sedar diri, ko tu pun pengotor lagi nak comment yg bukan2. Kalau ya pun  - comment lah yg nyata, jangan buat2 cerita - ko x da tuhan ker???  Tuhan tahu ko tu menipu pasti ko akan mendapat balasannya nanti .... geerraammmm... x agak2 nak menipu.

Aku jangka dalam bulan ni x busy dah - rupa2nya masih busy, pening kepala aku ni jangan cakaplah, nak fikir masalah staff yg x habis2 , nak fikir malasah mesin yg manjang je rosak... payah aku nak buat kerja. Tak banyak pilihan, susah ke - senang ke - kerja nak kena buat. pasal kerja aku mmg boleh bertahan cuma aku x pasti samada aku boleh bertahan ngn perangai staff je. Staff ni bukan melawan atau kurang ajar, dia org ni x mcm tu cuma dia org ni memberontak dlm senyap. Aku brief 100 x pun, tunjuk 1000 x pun - mcm tu gak. Dia org x nak terima perubahan sedangkan bukan untuk kepentingan aku, aku buat untuk kepentingan semua - tapi kenapalah dia org ni x nak memahami - aku betol2 x tahu apa nak buat lagi......

Banyak benda yg aku nak kena fikir, sekarang ni pulak - masalah along. Dia mcm dah selesa dok kat umah abg olie. Aku nak marah - dia kakak tapi dia x fikir ke!!! masa depan dia, kerja dia ... heran betollah aku - manjang mengadap internet ... agaknya kalau x da internet - boleh mati kot ... aku guna jgk internet tapi x lah fanatik sampai mcm tu sekali..... Bila lah dia nak berubah.. aku kesian tgk abah. Abah pulak yg beria2 fikir pasal dia.. abah pula yg tanggung hutang dia beli barang....mmmmmmmmm... Aku cuma bantu abah setakat yg aku mampu. aku pun ada tanggung jawab jugak - ada benda yg nak dibayar... sabar jer lah ... 

Monday, 8 August 2011

9 August, 2011

Dah beberapa hari aku attend briefing staff, muka aku dah x da senyum2, x leh nak bagi muka sangat ngn staff ni, x leh nak bergurau selalu kadang2 kena jadi serius supaya mereka faham aku serius bila cerita pasal kerja.Dia pun kena faham yang kerja dia org tu pun penting - x boleh buat sambil lewa jer.

Resort masih busy maknanya aku pun sibuk jugak lah, dengan staff x da, dengan mesin selalu problem - mmg betol2 mencabar kerja yg aku nak kena buat. nak fikirkan staff, nak fikirkan batrang2 staff...adduuiiihhh... pening aku, sedih pun ada kenangkan diri sorang2 nak handle. Complaint 2 3 hari ni ada aja, walaupun x semuanya salah aku - aku terima je buat pengajaran. Aku dah faham sangat sistem org berkerja kat pulau ni, in a minute they can be your good friends and at anytime they can turns to be your enemies....mmmm.. dasat kan.. aku dah sedar so aku x nak libatkan diri aku lebih2 dengan dia org ni.... jaga diri sendiri sudah. Buat kerja lepas tu balik bilik dok diam2 x yah nak sibuk pasal org.

Semalam, aku busy sgt, x sempat nak kol abah, balik pun dah lewat abah pi terawih - bila abah balik - aku pulak dah lena, insyaallah harini aku kol. harap2 abah sihat lah, aku jer rasa penat sikit.... Aku rindukan anak2 buah aku - c mel, c haris, c marissa, c ryan & x lupa c jojo. Harap2 dia org ni x lupakan makciknya yg jauh ni ... hehehe



Aku ngn iqbal - ok jer, dia jadi teman sembang, bila masing2 boring kita org mesej2 lah. Buat masa ni, x da perasaan apa2 just friends.





Sunday, 7 August 2011

7 August, 2011

Hari ni aku masuk kerja lewat - ishk..ishk.. bangun lambat, ini semua tido lambat punya pasallah so malam ni kena tido awal ya sebab esok pagi - x leh lambat ada morning briefing. Kalau x datang - kena bayo RM10. Kalau setakat kena bayo je x per ni siap kena bahan lagi ngn bos nanti ...ppeerrrhhh ... x sanggup - baik aku ready awal2.

Kat opis - operation mcm biasa, hari ni masih lagi busy - alhamdulillah semua assignment cover. Aku kecik hati dengan budak2 trainee tapi syukur dia org dtng jugak utk tolong. X banyak yg berlaku hari ni, aku dan staff pun dah kurang bercakap sejak aku naik angin kemarin. Aku x nak terlalu rapat sgt dgn dia org, aku mesti kena ada ruang supaya mudah untuk aku buat kerja. Lagi pun aku dah biasa sorang2 ... Kerja kena buat - samada org suka atau tak, aku dibayar untuk bekerja.... Walaupun penat, ini semua tanggung jawab dan cabaran. Insyaallah aku boleh melakukan nya.............

Rasa lega sikit bila abah bagi tahu yg sakit dada dah kurang, aku tetap suruh abah pergi buat klinik tok check esok. Kata abah, mulai hari ni, mak ngah (adik abah) ajak berbuka bersama - dia x nak abah berbuka sorang2 lagi - alhamdulillah... x lah abah sunyi. Aku nak balik, tapi keadaan financial pulak x mengizinkan... aku cuma akan balik lepas raya nanti - amik cuti panjang sikit so boleh luangkan masa ngan abah. Ntah mcm mana lah sambutan raya tahun ni - mesti x semeriah dulu bila arwah mak dah x da........

Antara aku ngan iqbal - so so je... masih berkawan, setakat gaduh sikit2 tu biasalah. X nak fikir sgt pasal ni buat kusut kepala je....ada - ada, x da - sudah.. x rugi pun....

Saturday, 6 August 2011

6 August, 2011

Hari ni dalam briefing, aku kena sound dengan boss, apa lagi pasal complaint semalam. Aku dah agak dah.. section lain baru nak improve - section lain pula ada problem. Pening kepala aku dibuatnya. Staff ni pun 1 - suka amik lewa. Tapi aku mmg sedih lah tgk staff2 aku ni, dia org ni mcm x da perasaan.... nak x nak pagi tadi aku luahkan jugak apa yg aku rasa - senyap semua. Aku luahkan kebenaran biar dia org ni sedar... aku bukannya marah cuma aku nak perbetolkan keadaan. Samaada dia org boleh terima atau x terpulanglah....  Aku dtng kerja untuk mencari rezeki dan sama jugak dengan dia org.

Masalah staff dah 1 hal, masalah komunikasi antara department pun 1 hal jugak. Masing2 nak tunjuk bagus, masing2 nak salah org lain - mcm mana nak kerja ngn baik. Kenapa mesti ada perasaan dengki dan perasan pentingkan diri sendiri..?????

Aku risau sikit dengan keadaan abah bila 2 3 hari ni, abah mengadu sakit dada. Aku suruh abah gi klinik tapi abah x pergi2 jugak - mcm2 alasan. Abah ni mesti dipaksa, x per tunggu hari isnin nanti aku akan kol dan paksa abah pergi hospital / klinik. Dah dok sorang2 kat kampung - isshhkkk abh ni - aku susah hati. Aku nak kol along supaya teman abah kat kg.

Thursday, 4 August 2011

4 August, 2011

Baru nak happy sikit dah mula terima complaint, x henti2 masuk - ishk... pening lah, x tahu nak buat mcm mana!!! Puas dah briefing, puas tegur tapi attitude masih mcm tu gak. Apa lah masalah dia org ni... aku faham - dia org puasa tapi kerja kena lah buat betol2 x kan disebabkan alasan puasa - kerja shortcut. Esok - aku nak kena menjawab ngn bos pulak, aduuiihhh letihlah, aku malu bila briefing jer - aku kena tegur...mmmmm.....sabar jer lah. Kadang2 aku terfikir - aku ni mcm x leh nak handle staff sendiri, aku x tahu cara mcm mana lagi nak tackle dia org, aku rasa mcm dah gagal.... bukan aku give up cuma x tahu apa nak buat,semoga allah permudahkan kerja aku dan berikan aku pertunjuk....

Rindukan abah, aku kena selalu call abah tok memastikan yg abah sihat selalu, aku jauh bila aku tanya kenapa x ajak along - kata abah biarlah along tolong kak t tengokkan budak2, terharunya aku, sedangkan abah keseorangan tapi tetap abah memikirkan tentang anak dan cucunya... kalau abg olie & kak t x hargai, x kenang pengorbanan abah - x tahu lah...

Sejak acu pindah umah, x duduk ngn emey - ntah mcm manalah agaknya keadaan dia, aku harap sgt semoga dia x terpengaruh ngn gejala2 yg x sihat - dia tu bukan boleh ditegur..payah sikit, tapi dia dah besar - kenalah dia pandai untuk berfikir sendiri.

Iqbal msg dan kol, dia buat pengakuan tentang statusnya - dia bujang. Aku bukan lagi bodoh - aku x akan mudah dipengaruhi oleh dia, aku akan berhati2. Buat masa ni aku dah dia berkawan je - sampai bila ... tgk jer lah.

Tuesday, 2 August 2011

2 August, 2011

Hari ni hari ke 2 puasa, ok jer cuma entah la... rasa letih & malas.. nak buat apa pun x kena. 2 hari ni jugak lah aku lewat pi kerja tapi sempat masuk morning briefing cuma sampai ngam2 time je... hhehehhe... mana x nya lepas sahur boleh tido mmg terlajak lah. Esok aku malas nak sahur, bekalan untuk berbuka tadi pun ada lagi, sahur kat bilik jer lah ... malas nak jalan ker restaurant pagi2 buta...

Kerja so far so good, x lah busy sangat dah cuma tunggu hujung minggu ni - busy lagi sbb s'pore cuti. Insyaallah - x da masalah kalau busy sbb aku dah pun plan manning awal2.... semoga semua berjalan ngn lancar.

Cadang nak off esok tapi Kin nak cuti so aku approve je sebab dia dah banyak minggu off day - dia naik kerja. Lagipun kalau dia x pergi cuti esok - dah sah2 hujung minggu ni busy - dah tentu dia naik kerja jadi kenalah give and take. Aku ok jer - no hal. Minggu depan masih boleh off day.


Semalam abah di nilai rumah abg olie, hari ni dah balik mlk. sejak hubungan abg olie ngn kak t dah x berapa mesra - abah pun dah x mau duduk rumah abg olie lama2. Aku faham perasaan abah cuma aku kesian kat abah sebab buat penat dia drive je dari mlk ke nilai untuk sehari jer kat sana, aku suruh abah gi umah emey - mmmm... lagi lah abah x nak. Aku tahu sebab apa - cuma aku x pasti betol atau tak tekaan aku tu - apa pun ikut abah lah asalkan abah happy.  Aku x mahu abah rasa tertekan. Yang penting aku, mesti tahu apa yg abah buat - bukan control tapi concern sebab aku jauh. Aku nak abah tahu walaupun aku jauh, aku tetap amik berat tentang abah dan aku nak tahu keadaan abah - aku harus memastikan abah sihat..... Ina sayang abah... rindu mak